Pelajar kena Rasuk sehingga Mendapat Penyakit Sakit Jiwa | PENGALAMAN mengendalikan 40 pelajar lepasan SPM yang diserang histeria pada 2011 masih segar dalam ingatan Ustaz Malik.
Ini kerana, salah seorang pelajar yang histeria hanya sembuh seketika dan enam bulan selepas kejadian, pelajar yang dikenali dengan panggilan Ruby itu mula berperangai pelik.

Pelbagai rawatan telah dilakukan oleh keluarga pelajar berkenaan, namun semuanya hampa.
Kerana ‘cintakan’ Putera Raja Air..Ruby mula lupa diri dan akhirnya dia dikatakan mengalami gangguan jiwa.
Ustaz Malik melalui akaun facebook Kung Pow berkongsi kisah benar yang berlaku ke atas pelajar malang itu.
Beliau yang juga seorang Guru Bimbingan dan Kaunseling di sebuah sekolah di Bintulu, Sarawak sudah berusaha sedaya upaya membantu Ruby..namun yang menyembuhkannya hanyalah Allah SWT.
Mari ikuti perkongsian beliau..
**********
Suatu ketika pada tahun 2011 kalau tidak silap saya, pada ketika itu saya baru sahaja berkhidmat di SK Kampung Jepak Bintulu selama dua tahun.
Saya telah mendapat panggilan dari seorang penyelaras program untuk menjemput saya menjadi penceramah dan fasilitator untuk sebuah program kepimpinan.
Program ini melibatkan pelajar lepasan sekolah dan diadakan di sebuah kawasan taman rekreasi. Program ini dijalankan selama tiga hari dua malam.
“Assalamualaikum Cikgu Malik. Saya Puan Julia. Kami nak jemput cikgu untuk menjadi penceramah dan fasilitator. Tentu cikgu masih ingat lagi kat sayakan?”
“Wa’alaikumsalam Puan. Hahaha.. Ya puan. Insya-Allah saya masih ingat lagi. Program macam mana tu puan?”
“Program Kepimpinan. Insya-Allah program tu akan diadakan pada minggu hadapan. Cikgu berminat tidak?”
“Insya-Allah boleh puan. Nanti minta tolong puan untuk berurusan dengan Pejabat Pendidikan Daerah Bintulu dan guru besar di sekolah saya untuk makluman dan urusan surat kebenaran.”
“Insya-Allah. Baiklah cikgu. Nanti saya uruskan secepat mungkin.”
“Baik puan..”
“Cikgu..Nanti ada benda kami nak mintak tolong cikgu.”
“Nak mintak tolong apa puan?”
“Macam ni cikgu. Program ni nanti kita buat kat tempat hari tu. Cikgu mungkin sedia maklumkan berkenaan dengan tempat program kita ini nanti?” Cikgu mungkin lebih tahu berkenaan dengan gangguan yang pernah dialami tahun lepas kat situ.”
“Iya puan. Saya masih ingat lagi. Lebih 40 orang histeria masa tu.”
“Betul cikgu. Alhamdulillah cikgu dan kawan-kawan cikgu ada datang menolong kami.”
Saya teringat lagi suatu ketika dulu. Pernah berlaku kes histeria. Seramai lebih dari 40 orang pelajar histeria dalam satu masa.
Kebetulan waktu itu saya, dua orang abang saya iaitu Ustaz Amir dan Shamsul dan dua orang lagi kawan kami telah dijemput untuk menjadi fasilitator.
Ada yang mengamuk, ada yang memanjat syiling, ada yang berlari melanggar dinding, ada yang bernyanyi sambil merintih, ada yang memandang kami dengan pandangan yang sangat menakutkan dan ada yang menyerang dan mencekik kami dari arah belakang.
Itu belum lagi termasuk yang menggigit kami, memukul dan menendang kami. Dan ada yang tersenyum memandang kami tanpa terlepas pandangan sedikit pun. 40 orang dengan karakter yang berbeza. Sedangkan kami hanya lima orang sahaja.
Alhamdulillah dengan izin Allah, walaupun dalam keadaan sulit dan kurang bantuan kerana kami cuma berlima, kejadian itu dapat dikawal dan pelajar yang histeria mula sedar selepas dirawat. Tapi itu cerita lama.
Itulah sebabnya selepas memikirkan buruk baik serta risiko yang akan kami hadapi dalam membantu kes-kes seperti ini, maka kami mengambil keputusan untuk menerima tanggungjawab ini dengan mengikuti program anjuran majikan Puan Julia nanti.
“Takpe puan. Dah tanggungjawab kami. Lagipun kami bantu apa yang kami terdaya sahaja.
“Alhamdulillah. Terima kasih cikgu.”
“Sama-sama Puan Julia.”
Selepas itu saya terdiam sejenak. Merenung ke kaki langit. Cuaca kelihatan cerah pada masa tersebut. Angin menerpa perlahan-lahan ke wajah saya. Kelihatan beberapa ekor burung pipit terbang rendah mencari makanan.
Semua itu tidak menghalang saya untuk mengingati suatu kisah menarik semasa kami mengendalikan kes lebih 40 orang bekas pelajar histeria.
Saya memandang jauh ke hadapan sambil teringat akan seorang peserta kursus ketika itu. Dia di antara salah seorang yang teruk mengalami histeria. Dia seorang gadis yang bernama Ruby.
Ruby kali pertama saya melihat dia adalah seorang yang lemah-lembut, pendiam dan jarang bergaul dengan peserta-peserta lain. Mungkin Ruby seorang yang pemalu.
Ketika kejadian histeria itu berlaku, Ruby menghempas-hempaskan kepala dan badannya ke lantai. Tetapi tiada sedikit pun kesan lebam, calar atau berdarah.
Kisah kes histeria lebih 40 orang bekas pelajar ini saya tangguhkan dulu di sini. Mungkin saya akan ceritakan pada masa yang berlainan atau mungkin saya tidak akan ceritakan kisah ini untuk tatapan umum.
Selepas tamat program kursus tersebut kami berlima pulang ke rumah masing-masing. Tetapi sebelum balik kami sempat meninjau beberapa tempat yang kami yakin berpotensi untuk menyebabkan kes histeria berulang kembali.
Tempat ini kami tidak ceritakan kepada orang lain. Biarlah menjadi rahsia yang akan kami simpan sampai bila-bila.
Lebih kurang setahun selepas kes tersebut, saya menerima panggilan dari seseorang. Kebetulan pada masa tersebut saya sedang berada di sekolah.
Bertandang Ke Rumah Ruby
“Assalamualaikum. Cikgu Malik ke ni?”
“Waalaikumsalam. Haah. Saya Cikgu Malik. Siapa ni?”
“Saya Rahim. Cikgu boleh panggil saya Abang Rahim.”
“Insya-Allah Abang Rahim. Abang Rahim ada nak mintak tolong apa-apa tak?”
“Begini cikgu. Sebelum tu saya dapat nombor telefon cikgu dari Puan Julia seminggu yang lepas. Cikgu ingat lagi tak pada tahun lepas. Ada kes 40 orang budak histeria?”
Saya cuba untuk mengingati kembali kes-kes lama yang kami kendalikan yang melibatkan ramai peserta histeria. Satu persatu terbayang di wajah saya.
“Alhamdulillah. Saya ingat Bang. Lebih kurang setahun yang lepas kalau tak silap.”
“Betullah tu. Macam ni cikgu. Salah seorang mangsa histeria tu dulu adalah anak saya. Namanya Ruby. Selepas dirawat oleh kawan-kawan ustaz dulu Alhamdulillah dia dah sihat. Cuma kebelakangan ni lebih kurang dalam enam bulan, perangai Ruby ni semakin pelik dan menjadi-jadi.”
“Kalau tak silap Ruby ni antara yang paling teruk terkena histeriakan bang?”
“Haah cikgu.”
“Boleh saya tahu bang ape yang pelik yang terjadi kat Ruby ni?”
– Ustaz Malik atau nama sebenarnya Malik Faisal Abdul Wahab merupakan Guru Bimbingan dan Kaunseling di SK Kampung Jepak, Bintulu, Sarawak
Sumber: Sinar Harian