Tips Penjagaan Beg Kulit

| July 20, 2020 | 0 Comments

Tips Penjagaan Beg Kulit | Beg kulit menjadi idaman ramai kerana tahap ketahanan dia yang bagus dan nampak gah bila memakainya. Tapi kalau tak pandai jaga, barangan kulit tersebut akan cepat rosak. Dan barangan kulit biarpun tahan lasak namun masih perlukan belaian dan penjagaan yang teliti. Cara simpan pun perlu berhati-hati supaya tidak muncul fungus.

Berikut merupakan tips yang anda boleh ikuti:

1. MENCUCI

Setiap barangan kulit yang telah digunakan perlu dicuci supaya kotoran yang melekat tidak merosakkan kulit. Agak susah untuk mencari pencuci yang sesuai dipasaran tetapi kami mempunyai produk yang berkesan dan tidak   merosakkan   kulit!.  Sapu   bahagian   kotoran   di   atas   beg   kulit dengan menggunakan   kapas  dan  pencuci  khas  untuk material   kulit.

Setiap hari, pastikan anda mengelap beg kulit dengan sekali sapuan sahaja sudah mencukupi. Ia demi memastikan beg kulit anda tahan lama dan sentiasa tampak baru.

2. MENJAGA

Jika  sudah dicuci,  barang  kulit mesti dijaga.  Salah satu  cara penjagaan yang  berkesan   adalah dengan  menyapu   conditioner atau   oil atau kedua-duanya   sekali.   Penggunaan   conditioner   dan   mink   oil   akan membuatkan kulit tahan lebih lasak dan lama.

3. MENYIMPAN

Elakkan menyimpan beg kulit anda di dalam plastik atau beg jenis vinyl pada tempoh masa yang lama. Jika ia disimpan pada jangka waktu yang lama,   plastik   itu   akan   memerangkap   kelembapan.   Penggunaan   plastik untuk menyimpan beg anda hanya boleh menyebabkan beg kulit anda berkulat.   Untuk   mengekalkan   ketahanan   beg   anda,   adalah   disarankan untuk anda menyimpan di tempat yang kering dan bersih seperti di dalam ‘dust bag’. ‘Dust bag’ digunakan untuk melindungi beg anda apabila anda tidak menggunakannya. Bagi saya, saya lebih gemar untuk menyimpan beg tangan kulit saya di dalam ‘dust bag’ kerana ia mampu mengekalkan kilauannya.  Jangan   buang   gel silika   yang   tersimpan   di   dalam   dust  bag kerana ia demi  mengelakkan masalah kulat. Berikan ruang udara  sekali dalam   dua   minggu   untuk   membantutkan   pertumbuhan   kulat   di   sekitar beg kulit

4. JANGAN BIAR BEG KULIT ANDA TERDEDAH LAMA DI BAWAH CAHAYA MATAHARI

Meletakkan beg tangan anda di bawah sinaran matahari secara langsung akan mengakibatkan warna beg kulit anda luntur dan keadaan beg mudah merekah. Ini berikutan tindak balas terhadap haba yang melampau yang tidak sesuai dengan bahan kimia pada beg tangan, sekaligus menjadikan kondisi kulit tersebut keras dan mudah patah.

5. ELAKKAN MENGGUNAKAN PEWANGI 

Untuk menjadikan beg anda tampak baru, elakkan menggunakan pewangi berasaskan aerosol kerana ia boleh melunturkan warna serta merosakkankulit   beg.   Jika   beg   anda   berbau,   cuba   hilangkan   bau   tersebut   dengan meletakkan   soda   pada   dalam   beg   anda   semalaman   selama   24   jam. Hasilnya, beg anda tidak lagi berbau bahkan beg anda akan berbau harum seakan baru.

Sumber: ADRANI

Tags: , , ,

Category: TIPS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *