Suamiku Bukan Teruna | Hai semua. Nama aku Maira Fuhairah (bukan nama sebenar). Itu antara edited nama nama ex ex suami aku yang masih aku ingat dulu. Malas intro panjang, terus ke perkenalan aku dengan suami sudah lama cuma kami tidaklah berhubung rapat. Aku juga sedang berkawan biasa dengan beberapa lelaki ketika itu di saat aku rasa ‘timing’ aku dah sampai untuk memilih jodoh.
Entah kenapa, suami aku tu juga yang aku pilih ikut gerak hati dan
istikharah walaupun calon lain tak kurang hebatnya.
Malah, aturan perkahwinan kami begitu mudah dan ibubapa juga merestui.
(sedangkan ex ex suami tu semua tidak diperkenankan oleh MIL aku langsung.)
Tetapi, ujian pertunangan aku agak payah. Kami gembira bahagia tetapi
memang jenis tak tunjuk sangat dalam sosial media sebab aku memang kerja
jenis sibuk sangat. Nak stalk orang pun tak sempat dan bukan cara aku.
Tapi apapun aku paling musykil suami aku langsung tak post pasal kami
bertunang dalam socmed dia. Bila tanya, dia kata malas nak heboh kan
baru je bertunang.
Aku pun fikir positif alahai bagusnya bakal suami aku tapi selepas
beberapa ketika, kisahnya terbongkar. Yelah, kalau kami bersama beli
barang kahwin ke mesti la aku ada tag keluar dengan dia kan… agaknya
dari situ mereka (ex-ex) dapat tahu.
Wujud desas-desus yang suami aku ni ‘playboy’ dan ex ex dia cuba contact
aku… Ada lah beberapa ex PM messenger fb aku kenalkan diri… bila tengok
mutual friends, bakal suami aku.
So, aku beritahu lah tunang aku, dia kata jangan layan perempuan ni
gilakan dia, kalau aku approve messenger dan bercakap dengan dia,
hubungan kami takkan pergi jauh sebab perempuan tu akan cuba rosakkan.
Tapi korang tahulah orang perempuan ni, our instinct & curiosity are
very strong. Aku approve & for few months mendengar tuduhan dia kata aku
perampas boifren dia, bla bla bla luahan hati ex dia tu rupanya sampai
ke tahap tunang aku pernah sentuh dia, beberapa kali.
Lepas tu aku jumpa gambar gambar tak senonoh exes dia dalam fon dan dia
delete terus. Sedih sangat. Aku memang mengamuk nak putuskan pertunangan
terus masa tu, tapi bakal suami aku pujuk pujuk dan kata dah bertaubat,
tu zaman lalu dia masa universiti.
Aku murung sekejap memikirkan kenapa nasib aku macam ni sebab aku jaga
maruah aku selama berkawan dengan lelaki lah sampai orang cakap aku
sombong gengster, tak hairan lelaki, jenis tak melayan semua lelaki
macam murahan, tapi tunang aku jenis playboy…
Orang kata perempuan baik dapat lelaki baik kan…. dah aku pula fikir aku
ni jahat sangat ke sampai aku dapat lelaki macam ni…
Terfikir lah dah berapa kali pula dia tebuk orang lain apa semua lepas
tu entah ada penyakit kelamin ke apa ke (rapid test HIV negative sebelum
kahwin alhamdulillah)….
Nak putuskan tunang pun fikir banyak kali sebab taknak malukan keluarga
aku yang agak terhormat di kawasan kami… apa kata mak bapak aku nanti
sebab aku sendiri yang pilih tunang aku selepas me-reject pilihan mak
bapak aku dulu…
Tunang aku pun murung teruk bila aku berniat nak putuskan pertunangan
dan mengugut untuk mencederakan diri dia jika aku tinggalkan dia… ada
lagi parut di tangan dia kesan hirisan guna pisau…
Entah macam mana aku boleh block ex ex dia dan move on dan teruskan
perkahwinan (fasa tunang kami singkat saja beberapa bulan, selepas
bertunang tu memang barang kahwin semua dah plan dan tempah.)
Awal perkahwinan, whatsapp suami aku dihujani ucapan Tahniah dan emoji
sedih dari pelbagai rupa dan bentuk perempuan samada kawan atau aweks/
ex pun aku tak tahu… Meluat aku tengok masa kami honeymoon tu, (silap
aku lah gatal nak tengok kan.)
Aku ingat selepas berkahwin, memang aku ada ‘trust issue’ yang terlampau
pada suami aku. Semua benda dia buat, aku tanya. Semua perempuan yang
dia contact, aku tanya.
Setiap kali dia keluar, aku akan suruh video call sebab kami PJJ masa
tu. Memang dia rimas, yelah siapa suruh jadi penipu macam suci baik
sangat kan, terpaksa hadaplah perangai paranoid bini dia ni…
Ada satu ex dia ni lah, yang agak ‘persistance’ nak juga cuba contact
suami aku walaupun dah tahu kami dah beberapa bulan berkahwin. Cuba juga
nak beritahu keluarga suami aku tentang aib dia tapi tak kesampaian.
Aku dah cakap elok2 dan aku juga sedih suami aku memperlakukan dia macam
tu aku suruh suami aku minta maaf kat dia personally, dan minta dia
jangan ganggu kami dua lagi dan move on lah, aku faham perasaan dia tapi
nak buat camne lagi dah suami aku taknak dengan dia?
Tapi dia nak juga mesej suami aku kan, maka aku hamburkan maki hamun
untuk dia secara kasar. Reti pulak dia balas mengata aku ni kerja bagus
tapi biadab…
Siapa tak biadab kalau ada yang nak rosakkan rumahtangga yang baru
dibina? Kau cikgu kan? Takkan susah sangat nak faham bahasa? Dah tunang
dan akan berkahwin dengan lelaki lain pun sibuk nak contact suami aku
untuk mengadu hal kau, dah kenapa?
So aku pun block lah dia dari fb suami dan fake account dia yang lain
juga. Adakah aku kejam?
Sebelum tu dia ada cakap suami aku tak jadi kahwin dengan dia sebab masa
s3xual intercourse mereka tu takde langsung keluar darah, so suami aku
tak jadi kahwin dengan dia sebab ingat dia tak suci …
Dia m4ti-m4ti mengaku pada aku yang dia virgin lagi. Tuhan je mengetahui
benar atau tidak cerita ni…. Sebab tu la kena jagalah maruah tu sampai
dah kahwin, kalau takde darah pun dah kahwin sah…
Risau juga aku ketika pertama kali kami bersama ada darah ke tak, nasib
baik berdarah!
Aku siap ambil gambar kenangan. Kalau tak karang suami aku pula cakap
aku tak virgin kan, sedangkan ikut yang aku pernah baca, ada je
perempuan yang tak keluar darah kali pertama atau hymen pecah sebab
aktiviti lasak.
Selepas berpindah sebumbung, things are getting ways much better. Baru
takda rasa paranoid yang dia curang ke apa.
So far, dia memang takda perempuan lain. His past is his past. Tapi aku
tak boleh jamin masa akan datang maka aku tetap akan berhati-hati. Dan
suami pun pinjaman saja.
Aku cuba letakkan diri aku supaya tak bergantung harap sepenuhnya pada
dia. Kami pun dah beranak-pinak, dan aku pun takda nak ungkit kisah lama
suami aku sebab memang totally dah berubah lah sejak kali terakhir drama
cinta tiga segi itu berakhir… harapnya berterusan…
Untuk perempuan yang macam confessor, please please sangat move on. Aku
tahu ada jenis lelaki suka sentuh sentuh anak orang ni sebagai penyedap
saja, isi masa kekosongan. Semoga dipertemukan dengan orang yang lebih
baik dari jantan tak guna tu…
Untuk perempuan bujang lain, jaga maruah anda hingga ke jinjang pelamin ye…
Untuk ex ex suamiku, terima kasih juga sebab menunjukkan ‘true color’
suami aku, maaf atas kekasaran bahasa sebelum ini, semoga bahagia
bersama insan tersayang. Semoga hilang memori silam pahit ini dari
ingatan anda semua. But please, DON’T TRY TO CONTACT US ANYMORE.
Aku dah lama lupa sejarah ini, cuma sekadar berkongsi cerita dari pihak
isteri. Kita isteri pun kena cepat-cepat move on dan tidaklah menghukum
atas dosa silam pasangan.
Dulu aku layan suami teruk sebab trust issue ni, first year of marriage
kami memang berantakan, suami aku tak boleh terima kenapa perangai aku
berubah tapi lama kelamaan dia faham…
Dia cuba jadi terus terang dalam segala aspek supaya aku takde trust
issue ni lagi.. Kini segalanya berubah alhamdulillah…
Doakan kami berjaya capai destinasi ke hari tua dan ke ‘sana’ bersama….
– Maira Fuhairah (Bukan nama sebenar)
Kredit: IIUM Confessions