Disahkan Hidap Kanser, Gadis Cuba Cederakan Diri Akibat Tertekan| Jika ditanya kepada pesakit kanser apakah yang bermain di minda mereka sebaik doktor mengesahkan bahawa mereka menghidap kanser, pastinya hampir semua daripadanya akan memberikan jawapan yang sama iaitu mati. Hal ini kerana mereka berasa amat sedih dan tertekan seolah-olah tidak boleh menerima kenyataan yang diberikan.

Disahkan Hidap Kanser Payu Dara, Gadis Cuba Cederakan Diri Akibat Tertekan

Seorang gadis berjaya diselamatkan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) selepas cuba mencederakan dirinya menggunakan senjata tajam dipercayai kerana tertekan sebaik diberitahu menghidap kanser payu dara di Kampung Jelatok, Bukit Merah, tengah malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanah Merah Mohd Rafain Mat Zain berkata, pihaknya menerima panggilan telefon mengenainya pada 11.34 malam dan kemudiannya terus bergegas ke lokasi kejadian.

Beliau mengulas lanjut, sebaik sahaja anggota bomba tiba di rumah mangsa pada 11.46 tengah malam, mendapati terdapat seorang gadis berusia 19 tahun berkurung dalam bilik di sebuah rumah.

“Bagaimanapun, hasil pujukan daripada pihak bomba berjaya menenangkan mangsa yang kemudiannya menyerahkan pisau dipegangnya kepada anggota bertugas,” katanya dalam satu kenyataam media, hari ini.

Sementara itu, anggota bomba terpaksa memecahkan pintu bilik yang berkunci sebelum mendapatkan mangsa yang kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Mohd Rafain berkata, mangsa turut dibawa ke Hospital Tanah Merah menggunakan ambulans untuk mendapatkan rawatan.

Menurutnya, pihaknya difahamkan gadis itu diberitahu oleh pihak hospital bahawa dia menghidap kanser payu dara ketika membuat pemeriksaan kesihatan pada pagi semalam.

Sumber: Harian Metro

Share.

Leave A Reply