Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan bersedia untuk menjadi Perdana Menteri buat kali ketiga sekiranya ramai pihak terus mendesaknya mengambil tanggungjawab tersebut.

Dr Mahathir Sedia Jadi PM Kali Ke-3? 'Ini' Sebabnya..

Dr Mahathir yang juga Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, bagaimanapun sekiranya kembali menjadi Perdana Menteri, beliau berkemungkinan tidak merancang menjawatnya sehingga tempoh lima tahun.

Katanya, kalau nak fikir tentang kedudukan, saya lebih suka kalau boleh berehat. Tetapi walaupun berehat, saya akan main peranan sebagai pakar rujukan atau memberi nasihat. Itu boleh buat.

Jelasnya, tapi kalau desakan demi desakan datang, beliau nak fikir tentang diri sendiri, susah. Jadi, kalau desakan datang sampai tidak ada orang lain dah, terimalah.

Namun menurutnya,  tidak bolehlah sampai lima tahun. Mungkin satu tahun sahaja.

Dr Mahathir yang juga Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA) baru-baru ini mengakui, ramai pihak mahu beliau mengemudi negara sekali lagi namun menyatakan masih belum membuat sebarang keputusan mengenainya.

Pada masa sama, Dr Mahathir berkata, hasranyat menubuhkan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dan gerakan terbaharu itu bukan berniat untuk dirinya kembali menjadi Perdana Menteri.

Katanya, beliau cuma nak tentukan dasar menolong orang Melayu dapat dilaksanakan oleh kerajaan yang prihatin dan sayang kepada bangsa, negara dan agama, yang juga merupakan Pengerusi Pejuang.

Sumber: Sinar Harian 

Share.

Leave A Reply