Polis sedang mengesan seorang lelaki tular memanah seekor anjing di bahagian kepala sehingga mati dalam kejadian dipercayai di hadapan sebuah kondominium di Wangsa Maju, di sini.

Polis Buru Lelaki Panah Kepala Anjing Hingga Mati. ADA VIDEO

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, berdasarkan keterangan seorang pengawal keselamatan, kejadian itu dipercayai berlaku pada Rabu.

“Setakat ini tiada laporan diterima dan polis dalam usaha mengesan serta mengenal pasti suspek terlibat.

“Tiada kertas siasatan dibuka setakat ini tetapi jika suspek berjaya dikesan polis akan jalankan siasatan atas kesalahan penganiayaan terhadap binatang,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Ashari berkata, tidak menjadi kesalahan untuk memiliki, membeli atau membawa panah di tempat awam bagaimanapun, ia tidak boleh digunakan untuk perkara yang melanggar undang-undang.

“Jika digunakan untuk mencederakan manusia, kesalahan tertakluk kepada tahap mana kesalahan dilakukan mengikut Seksyen 302, 324, 324 Kanun Keseksaan dan sebagainya,” jelas beliau.

Katanya, untuk kes tular terbabit kertas siasatan akan dibuka atas kesalahan menganiaya haiwan jika suspek terbabit berjaya ditahan.

May be an image of 1 person, dog and road

Komen Netizen :

Nampak memang kejam tapi apa kan daya sbb anjing ni berbahaya sbb kadang sesetengah anjing tu ganas , kejar orang awam dan menyusahkan, saya pernah di kejar anjing masa menaiki motosikal sampai saya terjatuh dan agota badan saya luka apa yg patut saya buat ?¬†Bila individu buat tindakan sendiri di kata kan kejam dan disabitkan kesalan dgn menganiaya hewan ,saya harap pencinta wehan tu buat lah tindakan menangkap anjing¬≤ liar , agar tidak membahayakan orang awam dan agar org awam x buat tindakan sendiri , sbb org awam pun nak kan keselamatan dalam mukim yg mereka tinggal ….

Cara ni nampak kejam tapi jika pihak berwajib tangkap ada ke anjing ni diperlihara ataupun dimatikan?klu comel mungkin ya tapi kalau berpenyakit RABIES??sbb anjing merbahaya boleh gigit dan kejar org

Bila hati xada perikemanusiaan maka akal dan fikiran pon campur aduk sekali.. Harap tk jdi dpn mata aq..

Agak2 la oii.. Budak ini bahaya la.. Silap haribulan dia gi panah orang pulak..

Sumber : Astro Awani

Share.

Leave A Reply