Dua beranak mati lemas selepas si ayah tidak berjaya selamatkan anaknya yang tergelincir ke dalam sungai ketika memancing di Bendungan Notopuro, Pilangkenceng di Madiun, Jawa Timur semalam, lapor Tribun Mataraman.

Dua Beranak Mati Lemas, 'Ini' Cerita Sebenarnya...

Pada awalnya, mangsa, Nanang Sutrisno, 40, dan anaknya FS, 14, sedang memancing di Bendung Notopuro pada pukul 3.30 petang waktu tempatan.

Bagaimanapun malangnya, FS tiba-tiba tergelincir dan tenggelam ke dalam sungai sebelum Nanang tekad bertindak untuk menyelamatkannya.

Agensi Tindakan Bencana Daerah (BPBD) Madiun, Zahrowi namun mengatakan pada saat mangsa berusaha untuk menolong anaknya, dia turut menjadi mangsa aliran sungai tersebut.

Difahamkan, selain Nanang Sutrisno, ada saksi lain di situ yang juga cuba menolong menyelamakan FS iaitu seorang individu bernama Wahyu.

“Disebabkan tidak boleh berenang maka kedua-dua mangsa (Nanang dan FS) mati lemas, sementara Wahyu berjaya menyelamatkan diri dengan berpaut pada ranting pokok,” kata Zahrowi melalui keterangan bertulis.

Pencarian Jasad Korban

Penduduk sekitar kawasan itu yang mengetahui kejadian tersebut berusaha untuk mencari keberadaan jasad dua beranak berkenaan. Hal ini disebabkan kedua-dua mangsa tersebut merupakan penduduk Pilangkenceng.

“Penduduk di sini telah melakukan pencarian dan akhrinya berjaya menemui jasad mereka pada pukul 4.30 petang berikutnya. Mereka ditemui dalam keadaan tidak lagi bernyawa,” lanjutnya.

Sehubungan itu, mayat kedua-dua mangsa terus dibawa ke kawasan pengebumian di Pilangkenceng untuk dikebumikan.

Difahamkan, FS sebenarnya sudah lama beada di wilayah itu, berbeza dengan ayahnya yang dikatakan baru sahaja pulang ke Madiun sekitar tiga ke empat hari lepas setelah lama menetap di Kalimantan.

Sumber : SK

Share.

Leave A Reply