Dua Orang Maut Dan 7 Cedera Parah Dalam Nahas Bas Dan Kereta | Dua maut, manakala tujuh lagi individu parah dalam nahas dua buah kenderaan termasuk bas persiaran di Kilometer 285.5 Lebuh Raya Utara Selatan (Arah Utara), di sini, pagi tadi.

bas dan kereta

Seorang Pemandu Dan Seorang Penumpang Maut

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Negeri Sembilan memaklumkan terdapat 22 mangsa keseluruhan terdiri daripada dua yang maut iaitu pemandu bas lelaki tempatan dan seorang penumpang wanita Indonesia.

Menurutnya, tujuh individu pula mengalami kecederaan parah telah berjaya dikeluarkan pasukan bomba dan diserahkan kepada pihak pihak Kementerian Kesihatan (KKM).

13 Mangsa Cedera

“Sementara itu terdapat 13 mangsa yang cedera ringan dan dibawa ke unit Kecemasan Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di Seremban. Mangsa di dalam kereta jenis Proton Wira pula iaitu seorang lelaki dan seorang wanita tempatan cedera.

“Mangsa yang lain masih menerima rawatan dan operasi ditamatkan pada pukul 9.23 pagi tadi,” katanya kepada pemberita hari ini.

Terdahulu, pasukan bomba menerima panggilan kecemasan kemalangan jalan raya melalui MERS999 pada pukul 5.05 pagi.

Menurut PGO, sebuah jentera FRT dan sebuah Hilux dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Nilai dengan kekuatan keseluruhan seramai lapan orang anggota diketuai Komander Operasi Ketua Balai PKPgB, Bakarya Mohd. Salleh, seorang Penyelia dan enam orang anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

Sumber : Kosmo

 

ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA

Lelaki Maut, 3 Wanita Parah Perodua Kancil Dibawa Kemalangan

Lelaki Maut, 3 Wanita Parah Perodua Kancil Dibawa Kemalangan | Kulai : Lelaki maut, manakala tiga wanita parah selepas Perodua Kancil dinaiki mereka terbabit kemalangan di Jalan Gunung Pulai di sini, hari ini.

3 wanita dari kereta sama parah

Mangsa, Baiduri Mohd Don, 53, yang memandu kereta disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala tiga penumpang, Hadijah Mazlan, 55; Nur Hellysya Errykah Herwan, 18 dan Suriani Othman, 47, parah .

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pekan Nanas, Penolong Penguasa Bomba Fairuz

“Seramai 13 anggota daripada BBP Kulai dan Pekan Nenas dikejarkan ke tempat kejadian.

“Kemalangan membabitkan sebuah kereta Perodua Kancil dinaiki semua mangsa dengan sebuah lori Hino.

Pemandu tersepit dalam kereta

“Pemandu Perodua Kancil tersepit di tempat duduk pemandu dan bomba mengeluarkannya dengan menggunakan peralatan khas sebelum disahkan meninggal dunia.

“Tiga penumpang lain yang parah dihantar ke hospital,” katanya.

Beliau berkata, mayat Baiduri diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Sementara, pemandu lori, Mursyidi Ibnor Kalam, 49, tidak cedera.

Sumber : KMN

 

BACA JUGA :

Mayat Lelaki Tersepit Dalam Jengkaut Terbalik Dlm Gaung Berjaya Dikeluarkan Slps 3 Hari

Mayat Lelaki Tersepit Dalam Jengkaut Terbalik Dlm Gaung Berjaya Dikeluarkan Slps 3 Hari | KUCHING: Selepas hampir 36 jam, mayat pemandu jengkaut yang tersepit di bawah jentera berat itu di Uma Kahei, Belaga di pedalaman hulu Rajang, akhirnya berjaya dikeluarkan petang kelmarin.

jengkaut terbalik

Jengkaut Menghimpit Mangsa

Mayat mangsa, seorang warga Indonesia yang hanya dikenali Ponsel, dikeluarkan jam 3.53 petang dengan dibantu sebuah lagi jengkaut untuk menstabilkan jentera berat yang menghimpit mangsa.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, usaha mengeluarkan mayat mangsa menghadapi kesukaran berikutan cuaca buruk dan jengkaut bantuan pula perlu membuat laluan sebelum sampai ke lokasi kejadian yang berada kira-kira 30 meter di dalam gaung.

“Sehinggalah jam 3.40 petang hari ini, pihak bomba menggunakan peralatan Road Traffic Accidents (RTA) khas untuk kerja mengeluarkan mangsa apabila keadaan jengkaut yang terbalik berjaya distabilkan,” katanya.

Jentera Menggelungsur  Sebelum Terbalik Dalam Gaung

Sebelum ini, mangsa dilapor tersepit di bawah jentera berat itu yang terbalik dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang Khamis lalu.

Ketika kejadian, mangsa melakukan kerja meratakan tanah di kawasan itu untuk projek penanaman getah yang dilaksanakan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA).

Jentera berat dikendalikannya dikatakan tiba-tiba menggelungsur sebelum terbalik ke dalam gaung sedalam kira-kira 30 meter.

Usaha mengeluarkan mayat sukar berikutan faktor hujan yang menyebabkan struktur tanah kawasan itu lembut.

Operasi mengeluarkan mayat mangsa membabitkan 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Belaga dibantu lima anggota dari BBP Bintulu.

Operasi turut disertai dua anggota polis dan tiga anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Sumber : KMN

Share.

Leave A Reply