Empat Ahli Keluarga Muslim Terbunuh Akibat Dilanggar Sebuah Trak Di Kanada | Kejadian bunuh boleh berlaku secara spontan dan ada juga kes yang berkaitan bunuh ini dirancang oleh seseorang yang tidak berpuas hati.
London: Empat ahli keluarga Muslim terbunuh apabila mereka sengaja dilanggar oleh sebuah trak di London, Ontario di Kanada pada Ahad lalu.
Pegawai polis, Paul Waight pada Isnin berkata, mangsa dipercayai dijadikan sasaran serangan kerana mereka adalah Muslim. Menurut beliau, masih belum diketahui sama ada punca suspek yang melakukan serangan itu mempunyai sebarang hubungan dengan kumpulan-kumpulan yang membenci agama atau tidak.
Menurut Paul Waight, seorang pemuda bernama Nathanial Veltman, 20, dari London, wilayah Ontario telah ditangkap dalam kejadian itu. Katanya, dia ditangkap di sebuah pusat beli-belah kira-kira enam kilometer dari tempat kejadian.
Dalam pada itu, mangsa-mangsa yang terbunuh dalam kejadian itu ialah dua wanita masing-masingnya berusia 74 dan 44 tahun, manakala seorang lelaki pula berusia 46 tahun dan seorang gadis berusia 15 tahun.
Polis berkata, seorang lagi mangsa ialah budak lelaki yang berumur sembilan tahun dan pada ketika ini sedang dirawat di sebuah hospital.
Majlis Kebangsaan Muslim Kanada (NCCM) dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa penyerang dalam kejadian itu perlu didakwa melakukan keganasan.
“Seorang lelaki dituduh menaiki kenderaannya, melihat sebuah keluarga Muslim sedang berjalan dan membuat keputusan mereka tidak sepatutnya hidup,” kata Ketua Pegawai Eksekutif NCCM, Mustafa Farroq.
Berikutan kejadian itu, Veltman telah didakwa dengan empat dakwaan membunuh dan satu percubaan membunuh.
Serangan itu adalah yang terburuk pernah berlaku dalam sejarah ke atas penduduk Muslim apabila enam orang yang beragama Islam mati ditembak oleh seorang pemuda berusia 20 tahun di sebuah masjid di Quebec pada tahun 2017.
Dalam serangan itu, seorang pemuda berusia 29 tahun, Alexandre Bissonnette, 29, telah dihukum penjara seumur hidup.
Sumber: Sinar Harian