Feri Kemegahan Pulau Pinang Kini Uzur Dan Terbiar | Telah tular gambar yang menunjukkan feri yang menjadi kemegahan bagi rakyat serta negeri Pulau Pinang kini berada dalam keadaan separa tenggelam dan dipenuhi air di Limbungan Bagan Dalam. Keadaan itu menimbulkan rasa sayu dalam kalangan pengguna media sosial terutamanya bagi anak jati Pulau Pinang.

Feri Kemegahan Pulau Pinang Kini Uzur Dan Terbiar

Rata-rata warganet meluahkan rasa sedih terhadap nasib feri ikonik itu yang kini telah uzur dan terbiar. Walhal feri itulah yang pernah menjadi kemegahan di negeri itu suatu ketika dahulu. Ribuan warganet membuat hantaran dan juga idea untuk membaik pulih feri tersebut. Mereka ingin feri tersebut dijadikan restoran atau apa sahaja berkaitan produk pelancongan supaya ikon negeri itu dipelihara.

Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) bersama Penang Port Sdn Bhd (PPSB) dalam kenyataan hari ini menjelaskan Feri Pulau Pinang yang kini ditempatkan di Limbungan Bagan Dalam, dalam proses dimuktamadkan urusan pajakannya kepada pembida berjaya.

Pengerusi SPPP, Datuk Tan Teik Cheng, berkata kenyataan beberapa pihak di laman sosial yang menyatakan bahawa Feri Pulau Pinang terbiar tanpa perancangan adalah tidak benar. Feri itu tidak lagi boleh digunakan sebagai medium pengangkutan  setelah mengambil kira faktor keupayaannya untuk membawa penumpang dan juga kenderaan.

Pajakan feri itu juga adalah utuk memelihara warisan Pulau Pinang dengan menjadikannya sebagai muzium dan akan ditempatkan di Tanjung City Marina.terdapat beberapa kebocoran yang menyebabkan bilik enjin dipenuhi air dan menjurus kepada kecondongan feri itu berikutan keadaan Feri Pulau Pinang yang uzur. Bagaimanapun usaha mengepam keluar air dari bilik enjin sudah dilaksanakan, bagi memberi laluan kepada kerja-kerja membaik pulih.

Sumber: Berita Harian

Share.

Leave A Reply