Fipper Buat Permohonan Maaf Dan Perjelas Isu Selipar “Muslim Friendly” | Terbaru, tular semalam di media sosial mengenai isu selipar Fipper “Muslim Friendly” yang baru dilancarkan semalam.
Menerusi laman Instagram, Fipper memuatnaik kenyataan bagi menjelaskan isu tersebut dan membuat permohonan maaf.
Salam Sejahtera,
Pihak Fipper ingin memberi penjelasan berkenaan isu “Muslim Friendly” yang tular di media sosial ketika ini. Produk Slip On, Fipper x TheNoor sesuai untuk kegunaan Muslimah yang memakai stokin, kerana produk kami sebelum ini kurang bersesuaian dengan imej muslimah yang berstokin seperti yang dinyatakan di dalam press release sebelum ini.
Pihak Fipper ingin memohon maaf atas kekeliruan yag berlaku.
Terima kasih atas sokongan anda.
View this post on Instagram
Sumber : Fipperhq