Pentas Ratu Cantik “Mrs Sri Lanka” Jadi ‘Ribut’ Bila Bekas Juara Berebut Mahkota Dengan Juara Semasa

| April 8, 2021 | 0 Comments

Pentas Ratu Cantik “Mrs Sri Lanka” Jadi ‘Ribut’ Bila Bekas Juara Berebut Mahkota Dengan Juara Semasa | Menjadi cantik dan rupawan semestinya keinginan setiap wanita di dunia. Namun untuk memperoleh gelaran sebagai seorang ratu cantik di suatu negara bukanlah sesuatu yang mudah. Ditambah pula dengan begitu ramai perempuan cantik ada di dunia.

Pentas Ratu Cantik "Mrs Sri Lanka" Jadi 'Ribut' Bila Bekas Juara Berebut Mahkota Dengan Juara Semasa

Sri Lanka: Seorang wanita yang memasuki pertandingan ratu cantik di Sri Lanka telah dinobatkan sebagai pemenang. Namun sebaik sahaja diumumkan kejuaraannya, mimpi indah itu bagaikan bertukar menjadi drama yang tidak disangka-sangka apabila mahkota yang telah dipakaikan daripada kepalanya dicabut.

Pertandingan ‘Mrs Sri Lanka’ yang disiarkan secara langsung di platform media sosial itu menjadi gempar apabila bekas Mrs Sri Lanka 2019, Caroline telah bertindak melulu dengan mencabut mahkota yang telah dipakaikan di kepala juara Mrs Sri Lanka 2020.

Pushpika De Silva telah dinobatkan sebagai pemenang bagi pertandingan iti. Namun dia telah dimalukan dikhalayak ramai oleh Caroline dengan tindakan beliau itu. Dipercayai tindakan itu diambil kerana dikatakan bahawa Pushpika telah melanggar syarat pertandingan itu.

Caroline telah mencabut mahkota yang terletak di kepala Pushpika dan memakaikan mahkota tersebut ke kepala naib juara. Ini kerana dikatakan Pushpika telah bercerai dengan suaminya, padahal salah satu syarat pertandingan tersebut ialah peserta perlulah seorang yang berkahwin. Oleh menyebabkan Caroline Jurie yang juga merupakan salah seorang juri bagi pertandingan itu mengatakan bahawa keputusan itu tidak sah.

Hasil daripada siasatan penganjur mendapati bahawa Pushpika masih lagi belum bercerai dengan suaminya. Namun dia hanya tinggal secara berasingan dengan suaminya.

Penganjur acaratelah mengemukakan permohonan maaf kepada Pushpika serta telah berjanji untuk memulangkan mahkota kemenangannya itu pada selasa lalu. Penganjur juga dipercayai telah menuntut kerugian terhadap Caroline terhadap kerosakan yang berlaku pada bilik persalinan di pentas dengan terdapat beberapa cermin yang pecah.

Selain telah dimalukan secara langsung, Pushpika juga dilaporkan mengalami keceraan di kepala beliau disebabkan oleh mahkota yang ditarik daripada kepalanya secara kasar ketika berada di atas pentas.

Caroline yang juga merupakan Mrs World telah dituduh oleh penganjur sebagai selebriti yang tidak menghormati acara yanag sedang disiarkan secara langsung di platform media sosial.

Pemegang francais acara itu, Chandimal Jayasinghe berkata bahawa dia amat kesal dan dan terganggu dengan tingkah laku Caroline.

Rata-rata netizen di media sosial telah menuntut supaya gelaran Mrs World itu dilucutkan daripada Caroline.

Sumber: Harian Metro

Tags: , , ,

Category: DUNIA, PELIK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *