(Video) Besar Macam Godzilla, Biawak Gergasi Buat Hal Panjat Rak Kedai 7Eleven

| April 7, 2021 | 0 Comments

(Video) Besar Macam Godzilla, Biawak Gergasi Buat Hal Panjat Rak Kedai 7Eleven | Biawak merupakan haiwan yang penempatan mereka semakin terancam. Pembinaan dan pembangunan yang semakin maju sikit sebanyak telah menjejaskan penempatan dan ekosistem mereka. Itu menyebabkan kita sering kali mendengar berita berkaitan spesis ini yang memasukikawasan perumahan dan banyak lagi.

(Video) Besar Macam Godzilla, Biawak Gergasi Buat Hal Panjat Rak Kedai 7Eleven

Thailand: Namun pada kali ini, sebuah kedai serbaneka 7-eleven di negara jiran kita iaitu Thailand telah dimasuki reptilia spesis ini. Biawak gergasi ini telah menimbulkaj kekecohan dalam kalangan pekerja dan pengunjung kedai serbaneka itu apabila telah memasuki kedai tersebut.

Aktiviti biawak yang berukuran sepanjang 1.8 meter ke 2 meter itu telah dirakam oleh salah seorang yang berada di dalam kedai itu. Rakaman tersebut menunjukkan apa yang dilakukan oleh biawak itu sebaik sahaja memasuki kedai serbaneka yang begitu dikenali itu.

Berdasarkan rakaman tersebut, jelas kelihatan biawak yang agak besar saiznya itu telah memanjat rak yang menempatkan kotak minuman di dalam kedai itu. Rak 9 tingkat itu telah dipanjat oleh biawak itu hingga menyebabkan beberapa pek kotak minuman telah jatuh ke lantai.

Dipercayai bahawa biawak gergasi itu telah memilih inisiatif memanjat rak itu untuk sampai ke siling kedai berkenaan. Mungkin disebabkan cuaca di luar yang agak panas sekarang membuatkan biawak itu ingin masuk ke kedai yang berhawa dingin untuk menyejukkan badan.

Boleh didengari juga suara orang-orang di dalam kedai serbaneka itu yang menejrit disebabkan  ketakutan. namun ada juga diantara mereka yang ketawa melihat gelagat biawak itu.

Sumber: Mothership

Tags: , ,

Category: DUNIA, PELIK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *