Seorang gadis bernama Ayi Astri Yianti, 23 warga Kecamatan Karangnunggal, Kabupaten Tasikmalaya ditemukan tidak bernyawa di sebuah bilik.
Kejadian berlaku di Jalan Asrama Nyantong Babakan, Kecamatan Tawang, Kota Tasikmalaya, Jawa Barat pada Selasa (12/7) malam.
Dia ditemui oleh dua rakannya, Muhammad Nizar, 26 dan Mina Soima Putri, 20.
Ketua Polis Daerah Tawang, Ipda Wawan, telah memberikan kenyataan mengenai kejadian pada Rabu (13/7).
Ipda Wawan mendedahkan malam itu dua rakan mangsa menerima panggilan daripada kakak mangsa meminta mereka datang ke rumah tumpangan mangsa.
Kedua-duanya langsung ke rumah tumpangan mangsa, dan alangkah terkejutnya apabila melihat mangsa terbaring sudah tidak bernyawa di atas katil.
Polis Sektor Tawang dan Pasukan Satreskrim Inafis Polis Tasikmalaya yang menerima laporan bergegas ke lokasi.
Setibanya di lokasi, penduduk sudah berkerumun di sekitar bilik penginapan untuk menyaksikan kejadian itu.
Kemudian, pihak polis segera memasang garisan polis di tempat kejadian.
Selepas pengecaman, mayat mangsa dibawa ke Hospital Besar Dr Soekardjo, Kota Tasikmalaya untuk proses lanjut.
Sumber: Tribun News