Gagal Pastikan Penjarakan Fizikal Pengunjung Punca Penganjur Bazar Aidilfitri Dikompaun RM20,000 | Penganjur kepada bazar  Aidilfitri Kubang Menerong dilaporkan telah dikompaun oleh pihak berkuasa selepas membenarkan lebih 400 pengunjung memasuki bazar tersebut sehingga gagal memastikan penjarakan fizikal, di sini, baru-baru ini.

Gagal Pastikan Penjarakan Fizikal Pengunjung Punca Penganjur Bazar Aidilfitri Dikompaun RM20,000

Pemeriksaan oleh polis Seberang Perai Utara telah mengambil tindakan tegas selepas mendapati bazar tersebut tidak memenuhi syarat penjarakan sosial yang ditetapkan dan dilihat padat kerana melebihi kapasti pengunjung yang dibenarkan.

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor menerusi laporan Astro Awani, meskipun mereka mendapati pihak penganjur mengikuti prosedur operasi standard yang ditetapkan dengan menyediakan laluan keluar masuk beserta code ‘Mysejahtera’ namun kesesakan orang ramai sehingga gagal mematuhi penjarakan sosial yang ditetapkan menjadi punca penganjur bazar tersebut dikompaun.

Tambah beliau, pihak berkuasa telah berkali-kali memberikan teguran kepada pihak penganjur untuk mengawal kemasukan pengunjung ke bazar tersebut namun tidak diendahkan, dan ini menyebabkan mereka telah dikompaun sebanyak RM20,000.

Hal ini dikatakan kerana mereka mendapati walaupun terdapat tiga jalan masuk dan dua jalan keluar namun, pengunjung masih dilihat bertembung antara pengunjung menyebabkan kesukaran bagi mereka mengawal penjarakan fizikal yang ditetapkan.

Pemantauan juga mendapati gerai-gerai di bazar tersebut telah membenarkan kira-kira lebih 10 hingga 12 orang pengunjung berada di dalam sesebuah gerai dan ia melanggar sop yang telah ditetapkan. Beserta itu, Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) kini telah bertindak mengeluarkan notis amaran supaya pihak penganjur dapat menyelesaikan perkara tersebut secepat mungkin.

Noorzainy sekali lagi mengingatkan kepada penganjur untuk memperkemaskan SOP di bazar tersebut bagi mengelakkan bazar tersebut ditutup dan memberi kerugian kepada para peniaga yang meniaga di bazar tersebut.

Operasi Bersepadu Pematuhan SOP Bazar Aidilfitri yang disertai Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) itu telah dijalankan di beberapa kawasan seperti di Kepala Batas dan Tasek Gelugor, Pulau Pinang. Sepanjang pemantauan dilakukan di beberapa bazar, mereka telah berpuas hati dengan penganjuran Bazar Aidilfitri Karnival Mahabbah, di Bertam yang telah mematuhi SOP yang ditetapkan.

Sumber: Astro Awani

Share.

Leave A Reply