Gambar Tular

Gambar Tular Wanita Hantar Makanan Bersama Anak2. Ini Cerita Sebenar Buat Ramai TERSENTUH!

“Kadang dapat sikit pun saya bersyukur, dapatlah beli susu, lampin pakai buang dan bayar sewa rumah”


Dalam kesibukan dunia moden, kisah seorang ibu muda berusia 23 tahun di Melaka ini mengingatkan kita bahawa kasih seorang ibu tiada batasnya.

Ketabahannya membonceng tiga anak kecil di atas motosikal sambil menghantar makanan demi mencari rezeki bukan sahaja mengundang sebak, malah menyentuh hati ribuan rakyat Malaysia di media sosial.

Wanita berkenaan, Noryani Syakira Yaakob, 23, berkata. Dia terpaksa membawa anak-anaknya yang berusia antara 10 bulan hingga lima tahun setiap kali keluar bekerja sebagai penghantar makanan bagi membantu meringankan beban suaminya yang bekerja di bengkel dengan pendapatan sekitar RM1,200 sebulan.

TERPAKSA BAWA  DUA ANAK

Menurutnya, walaupun kasihan melihat anak-anak terpaksa berpanas dan menempuh kepayahan, namun dia tidak mempunyai pilihan lain kerana tiada sesiapa yang boleh menjaga mereka.

“Suami saya hanya bekerja di bengkel dengan gaji sekitar RM1,200 sebulan. Dan saya tak sampai hati bila anak merengek mahukan itu dan ini.

Sekurang-kurangnya kalau saya bekerja, dapatlah RM20 atau RM30 sehari. Untuk menampung keperluan mereka,” katanya ketika dihubungi di sini pada Rabu.

Noryani menjelaskan, kejadian yang dirakam dan tular di media sosial itu. Sebenarnya berlaku dua minggu lalu, ketika dia dalam perjalanan menghantar pesanan nasi goreng dari Bukit Katil ke Hospital Melaka dengan upah RM5.

Katanya, dia baru dua bulan melakukan kerja p-hailing itu dengan membonceng anak sulungnya. Muhammad Rayyan Iskandar, 5 tahun, dan Muhammad Rayyan Rayfal, 2 tahun, di bahagian belakang motosikal. Manakala si bongsu, Muhammad Rayyan Maleeq, 10 bulan, dikendong di bahagian depan.

Walaupun pendapatan bersih yang diperoleh hanya sekitar RM20 hingga RM30 sehari. Hasil kerja dari jam 7 pagi hingga 12 tengah hari, jumlah itu sudah cukup untuk menampung makan minum mereka sekeluarga.

“Kadang dapat sikit pun saya bersyukur, dapatlah beli susu, lampin pakai buang dan bayar sewa rumah di Bukit Lintang sebanyak RM350 sebulan,” ujarnya lagi.

PERNAH MENJUAL AYAM GUNTING

Tambahnya, sebelum ini dia pernah bekerja sebagai pembantu jualan ayam gunting. Namun terpaksa berhenti kerana tiada siapa yang dapat menjaga anak-anaknya.

Kini, walaupun terpaksa membawa anak ke mana sahaja. Noryani berkata dia lebih tenang bekerja sendiri kerana dapat memantau mereka di depan mata.

“Saya hanya keluar bila cuaca baik. Kalau hujan, memang tak berani keluar sebab risau keselamatan anak-anak,” katanya lagi.

Tindakan Noryani itu mendapat perhatian ramai pengguna media sosial yang memuji ketabahannya. Selain menyeru agar pihak berwajib tampil menyalurkan bantuan sewajarnya kepada keluarga muda ini.

SALURAN SUMBANGAN

Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh berbuat demikian melalui akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) 0299541000567835 atas nama Noryani Syakira Yaakob.

Terdahulu, tular di Facebook gambar Noryani membonceng bersama tiga orang anaknya. Dipercayai ketika dia sedang menghantar pesanan makanan. Satu momen yang kini menjadi simbol kegigihan seorang ibu yang tidak pernah menyerah kalah demi rezeki keluarga.

 

Sumber : SH

Share.
Leave A Reply