Warga Emas Gembira Sambut Puasa Di Rumah Baharu

| April 11, 2021 | 0 Comments

Warga Emas Gembira Sambut Puasa Di Rumah Baharu | Kehadiran bulan suci Ramadan menjadi sebuah hadiah yang indah bagi kita kerana padanya terdapat kebaikan yang lebih bernilai dan berlipat ganda. Sebaliknya, hal itu yang berlaku kepada seorang wanita warga emas yang dikatakan akan menyambut bulan puasa di rumah baharu dalam keadaan yang jauh lebih selesa dari sebelumnya.

Warga Emas Gembira Sambut Puasa Di Rumah Baharu

Seorang wanita warga emas menarik nafas lega apabila dapat menyambut bulan Ramadan dan hari raya di rumah bahari di Kampung Chat Rimau di sini.

Sebelum ini, Sarah Jusoh, 63, telah menggunakan duit simpanannya sebanyak RM5,000 untuk membina rumahnya di atas tanah kira-kira seluas sembilan meter persegi pada tiga tahun yang lepas.

Namun, orang ramai dan penduduk di kampung tersebut berasa simpati dengan nasib ibu kepada seorang anak itu tampil menghulurkan sumbangan untuk membaik pulih kediaman tersebut dan telah siap seminggu yang lalu.

Menurut Sarah, dia berasa sangat gembira dan berterima kasih kepada orang ramai yang banyak membantu menghulurkan sumbangan sehingga dia dapat tinggal di dalam sebuah rumah yang selesa.

Sarah berkata rumahnya yang sekarang sudah luas selepas diubah suai dan mempunyai beberapa tempat yang selesa seperti ruang tamu, bilik air, bilik tidur, tandas dan dapur. Tambahnya lagi, masalah bekalan air dan elektrik yang sebelum ini turut selesai selepas orang ramai membantunya. Dia juga berasa gembira kerana rumahnya kini tidak perlu lagi menggunakan pelita pada waktu malam.

Menurut laporan Kosmo pada 10 Februari lalu, Sarah menggunakan kesemua simpanannya yang sebelum ini dikumpul hasil daripada menoreh getah untuk membina sebuah rumah sebesar bilik tidur. Biarpun rumahnya sebesar bilik tidur, namun rumah itu dianggap seperti syurga buat Sarah walaupun tidak sempurna selain tiada bekalan air dan elektrik.

Warga emas itu dikatakan sudah lebih 30 tahun hidup sendirian selepas berpisah dengan suami dan mempunyai anak perempuan berusia 42 tahun yang juga mengalami kesempitan wang.

Sementara itu, Penghulu mukim Banggol Jenereh, Wan Doti Nurzarina Wan Yahya berkata, kos untuk membaik pulih rumah itu sebanyak RM14,000 dan pembinaannya telah dilakukan oleh Pejabat Tanah dan Jajahan Tanah Merah serta badan bukan kerajaan. Bukan itu sahaja, Sarah turut menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat RM500 sebulan sejak bulan lalu.

Sumber: Kosmo

Tags: ,

Category: KELUARGA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *