Sebuah Bandar Mati Di Itali, Civita Mengimpikan Pengikhtirafan UNESCO

| April 11, 2021 | 0 Comments

Sebuah Bandar Mati Di Itali, Civita Mengimpikan Pengikhtirafan UNESCO |Kerajaan Itali pada saat ini sedang membuat percubaan bagi mencalonkan sebuah bandar yang digelar ‘bandar mati’ di Itali yang dikenali sebagai Civita berdekatan Bagnoregio, baru-baru ini.

Sebuah Bandar Mati Di Itali, Civita Mengimpikan Pengikhtirafan UNESCO

Walaupun ia tidaklah manis untuk memberi gelaran ‘bandar berhantu’  kepada sesebuah bandar yang menjadi salah satu tempat tarikan pelancong namun, hal ini berlaku sebaliknya di bandar tersebut menurut laporan media tempatan. Bandar ini dipercayai terletak kira-kira 126 kilometer di utara Rom dan hanya dihuni oleh tidak lebih dari 20 orang penduduk.

Wakil Datuk Bandar, Roberto Pami dalam satu kenyataan memberitahu bahawa Itali kini sedang mengemukakan cadangan bagi menjadikan bandar tersebut sebagai salah satu tapak warisan dunia pada Januari yang lalu, dan mengharapkan agar pihak UNESCO dapat memberi jawapan selewat-lewatnya Jun tahun ini.

Civita selama berabad-abad dahulu terkenal sebagai sebuah bandar yang sentiasa sibuk dengan pelbagai perihal kehidupan namun akibat daripada bencana alam seperti gempa bumi, tanah runtuh serta hakisan tanah menyebabkan sesetengah warganya telah berpindah dari bandar tersebut sehingga ia mendapat gelaran ‘tanah tandus’ dalam kalangan rakyat Itali.

Walaupun begitu, bandar Civita ini terkenal dalam kalangan rakyat Itali kerana keindahan dan kecantikannya iaitu dikatakan semasa tibanya musim sejuk, bandar tersebut akan terlihat seperti terapung di udara manakala jika di musim panas, bukit di bandar tersebut akan terlihat sebagai ‘kek lapis’ menurut laporan media tempatan.

Akibat daripada berlakunya tanah runtuh yang besar pada tahun 1114, lokasi tersebut sehingga kini sentiasa menjadi topik kajian serta ‘hotspot’ bagi ahli geologi seluruh dunia bagi menjalankan kajian mereka di sini. Walaupun sudah melebihi kira-kira 3,000 tahun hakisan secara agresif tersebut berlaku bandar Citiva kini dikatakan hanya tinggal sisa selepas hanya terdapat dataran serta beberapa jalan di sekitarnya.

Menurut seorang penduduk Itali, Stefano Lucarini, 29 dalam satu laporan media menyatakan dia telah membeli sebuah restoran berdekatan bandar tersebut namun tidak dapat beroperasi akibat daripada perintah kawalan pergerakan  sejak Covid-19 melanda.

Sumber: Astro Awani

Tags: , , , , ,

Category: DUNIA, INFORMASI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *