Gempar Rakaman ‘Keranda’ Terbang, Ini Cerita Sebenar | Satu rakaman ‘keranda’ terbang berlegar di media sosial hingga mengakibatkan kekecohan dikalangan netizen, namun ini cerita sebenarnya..

Jakarta – Sebuah layang-layang berbentuk keranda menimbulkan kekecohan di media sosial apabila dirakam terbang di udara di Jakasampurna, Bekasi Barat, baru-baru ini.

Menurut portal berita Suara.com, layang-layang itu pada mulanya disangka aksi mistik kerana bentuknya sangat menyerupai keranda jenazah sedang terbang di angkasa.

Tonton Rakaman Tersebut :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by warungjurnalis (@warungjurnalis)

Bagaimanapun, selepas diamati dengan teliti, ternyata ia adalah layang-layang bertali dan bukanlah  sebenar seperti yang pernah tular sebelum ini.

Rakaman tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen yang turut mengakui ia kelihatan seperti  terbang yang sebenar.

“Tidak terlintas bahawa ia adalah layang-layang kerana bentuknya sama seperti keranda jenazah sebenar,”komen seorang pengguna media sosial.

“Jangan kongsi video ini dalam kumpulan Whatsapp keluarga, kecoh jadinya,” komen seorang lagi.

Namun begitu, ada juga yang berpendapat gurauan ini agak keterlaluan dan tidak patut dilakukan.

Sumber : Kosmo

Share.

Leave A Reply