Guru Besar Bersubahat Bersama 9 Guru Lelaki Didakwa R*gol 4 Pelajar | Seramai sembilan guru termasuk seorang guru besar di sebuah sekolah kerajaan didakwa telah melakukan jenayah berat iaitu merogol dan mencabul empat murid di daerah Rajasthan Alwar, India, baru-baru ini.
Lapor India Today, kes terbongkar selepas bapa kepada salah seorang mangsa bertanyakan alasan anaknya tidak mahu pergi ke sekolah.
Mangsa yang menduduki kelas 10 kemudian memberitahu dia menjadi mangsa rogol secara berkumpulan di sekolah terbabit lebih setahun.
Pelajar itu dilaporkan telah mendakwa dua guru perempuan lain bertindak merakamkan perbuatan terkutuk tersebut.
Pegawai Polis Mandhana, Mukesh Yadav berkata, pihaknya menerima tiga laporan polis dan akan menyiasat perkara tersebut.
Jelasnya, tiga mangsa lain yang merupakan murid di Kelas Enam, Empat dan Tiga turut membuat aduan sama dirogol oleh sekumpulan guru tersebut.
Mangsa turut memberitahu bahawa mereka akan dibunuh sekiranya membongkarkan kejadian tersebut kepada pihak berkuasa.
Menurut Yadav, apabila seorang mangsa memberitahu perkara tersebut kepada seorang guru wanita, kesnya cuba ditutup dengan menawarkan tanggungan yuran pembelajaran dan buku dan guru itu juga malah meminta mangsa tidak membuat aduan kepada sesiapa.
Guru tersebut dilaporkan telah membawa mangsa ke rumah tiga guru termasuk guru besar yang berada di sana beberapa kali. Kesemua suspek mengambil alkohol dan dalam keadaan mabuk menanggalkan pakaian mangsa sebelum melakukan perbuatan terkutuk.
Sementara itu, seorang bapa yang datang ke sekolah bagi membuat aduan mengenai kejadian rogol itu turut diugut oleh guru besar sekolah tersebut.
Guru besar itu mengugut bahawa abangnya merupakan seorang menteri justeru dia memberitahu bapa mangsa, jika aduan dilakukan maka nyawanya dalam keadaan terancam.
Sumber: Utusan Malaysia