(Video) Isu Persenda OKU Pada Dua Video. Ini Komen Ras Adiba | Baru-baru ini tular di media sosial video dua orang pemuda yang dikatakan telah menyamar sebagai orang kurang upaya bagi menggunakan parkir khas untuk golongan tersebut di sebuah pusat membeli belah. Tindakan mereka bagaimanapun menerima reaksi kurang senang daripada masyarakat.

(Video) Isu Persenda OKU Pada Dua Video. Ini Komen Ras Adiba

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ras Adiba Radzi (@rasadibaradzi)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ras Adiba Radzi (@rasadibaradzi)

Melalui posting di akaun Instagram, Senator Datuk Ras Adiba, Presiden OKU Sentral menyatakan bahawa tindakan mereka yang berpura-pura dengan menjadi OKU seterusnya mengambil kesempatan menggunakan kemudahan dikhaskan itu sebagai biadap.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ras Adiba Radzi (@rasadibaradzi)

Kalian semua telah mempersenda dengan mempergunakan parkir OKU dan berlakon diri anda sebagai seorang OKU.

Tambahnya lagi, dia turut meluahkan rasa kecewanya kerana terdapat sesetengah individu yang selalu memandang rendah terhadap golongan OKU serta menggunakan kemudahan yang khas untuk mereka. Dia juga menegaskan bahawa dua orang pemuda tersebut perlu membuat permohonan maaf terhadap komuniti OKU.

Sudahlah (keadaan) kami susah, orang semua selalu memandang rendah terhadap kami, orang semua menggunakan kemudahan yg disediakan dan dikhaskan untuk kami

Kita semua akan menjadi OKU suatu hari nanti. Jangan sesekali kalian mempermain dan mempersendakan kami. Sila pohon maaf kepada komuniti OKU.

Sumber : Oh Bulan

Share.

Leave A Reply