Hanya Kurang Empat Peratus Sahaja Lagi Yang Diperlukan Untuk Benarkan Rentas Negeri – KJ

| October 1, 2021 | 0 Comments

Hanya Kurang Empat Peratus Sahaja Lagi Yang Diperlukan Untuk Benarkan Rentas Negeri – KJ | Kadar vaksinasi negara terus mencatatkan peningkatan dengan 86.8 peratus populasi dewasa telah melengkapkan vaksinasi mereka.

Hanya Kurang Empat Peratus Sahaja Lagi Yang Diperlukan Untuk Benarkan Rentas Negeri - KJ

Dengan perkembangan memberangsangkan itu Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengingatkan rakyat Malaysia supaya terus bertanggungjawab terhadap kawalan kendiri.

Menerusi perkongsian di Twitternya, Khairy menjelaskan, hanya empat peratus lagi diperlukan bagi menarik semula larangan rentas negeri.

“Dengan lebih banyak kelonggaran yang diberikan, pastinya aktiviti berkumpulan akan dilakukan. Sehubungan itu, setiap rakyat Malaysia perlu bertanggungjawab terhadap tindakan masing-masing.

“Mereka yang mengalami simptom perlu segera mendapat dan melakukan ujian saringan melalui kit kendiri. Sekiranya didapati positif, segera lakukan proses isolasi,” katanya pada Sabtu.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, pihaknya telah memulakan proses rundingan bagi memperoleh ubat antiviral Covid-19 yang dihasilkan oleh Merck & Co.

Menurut beliau, ia merupakan usaha yang dilakukan untuk negara beralih kepada kehidupan bersama Covid-19.

Selain itu, katanya, penambahan pemilihan rawatan inovatif juga akan dilakukan selain daripada vaksinasi.

“Dalam usaha kita beralih kepada hidup bersama Covid-19, kita akan menambah pilihan rawatan inovatif sebagai usaha tambahan selain vaksinasi.

“Saya sudah memulakan proses rundingan untuk Malaysia peroleh ubat yang berkesan selepas melalui ujian klinikal,” ciapnya dalam satu hantaran di Twitternya pada Sabtu.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan yang dikeluarkan Reuters mengenai ubat antivirus tersebut dapat mengurangkan separuh kemungkinan kematian atau dimasukkan ke hospital untuk mereka yang berisiko.

Sumber : Sinar Harian

Tags: , , , ,

Category: INFORMASI, SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *