Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu dilaporkan akan mengumumkan harga telur baharu yang lebih rendah esok.
'Harga Telur Ayam Diumum Turun Esok'- Ujar PM
Perkara itu dimaklumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim setelah beliau berbincang dengan menteri berkenaan.
Jelas Anwar, langkah itu diharap dapat mengurangkan kebergantungan terhadap kartel.
Menurutnya, ada beberapa langkah diambil yang diharap akan diumumkan oleh beliau (Mohamad) esok dengan harga lebih rendah kerana mengurangkan kebergantungan kepada kartel. Jadi, kita harap jumlah pengedaran telur dalam pasaran cukup dan harganya akan dikurangkan.
Sebelum itu, Perdana Menteri mempengerusikan Mesyuarat Khas Kabinet pertama Kerajaan Perpaduan di Perdana Putra di sini hari ini.
Di Semenanjung, harga siling bagi telur Gred A ialah 45 sen; 43 sen bagi telur Gred B; dan 41 sen bagi telur Gred C.
Di Langkawi, Sabah, Sarawak dan Labuan pula, harga siling berbeza mengikut zon dan daerah.
Isu telur ayam mula hangat susulan dakwaan bahawa barangan asas itu semakin berkurangan di pasaran,sehingga menyebabkan berlaku peningkatan harga.

‘Fokus ISu Telur Dengan Harga Munasabah’- Mohamad Sabu

Isu bekalan barangan keperluan, terutama telur dan ayam serta harga munasabah menjadi fokus utama Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu.

'Harga Telur Ayam Diumum Turun Esok'- Ujar PM

Mohamad berkata, isu bekalan makanan dengan harga yang munasabah memerlukan perhatian serius seiring dengan ramalan ekonomi dunia akan mengalami kemerosotan pada tahun hadapan.

Beliau berkata, kementerian itu adalah lapangan baharu baginya kerana sebelum ini beliau menjadi Menteri Pertahanan yang lebih banyak bercakap soal keselamatan, namun kini di bidang kehidupan manusia membabitkan makanan dan keperluan harian.

Katanya, perkara pertama yang akan dilakukannya ialah mendengar taklimat sebelum merangka apa-apa perkara manakala agenda yang tersedia diteruskan.

Jelasnya menerusi laporan berita Harian, beliau akan lihat mengenai harga makanan, terutama telur kerana golongan miskin sehingga atasan memakan telur di samping isu ikan dan ayam.

Beliau berkata, keterjaminan makanan dengan harga munasabah itu penting, malah Datuk Seri Anwar Ibrahim berkali-kali membangkitkan isu ini ketika kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dan selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri.

Katanya, selepas mendapat gambaran sebenar dan mencari kaedah terbaik, barulah satu kenyataan bersama Datuk Seri Salahuddin Ayub yang menerajui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, akan dibuat.

Ditanya sama ada isu kekurangan bekalan keperluan asas tidak akan berulang, Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) itu berkata, beliau tidak boleh memberi jaminan perkara sedemikian tidak berulang kerana ia tertakluk kepada ekonomi dunia.

Katanya, peperangan yang berlaku antara Ukraine dan Russia sememangnya tidak dijangka dan akhirnya memberi kesan kepada kos baja.

Ujarnya, bagaimanapun, beliau bersama pegawai kementerian ini akan mencari jalan untuk cuba mengatasinya dengan cara terbaik.

PM Minta MAFI Kawal Harga Makanan
Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) mengambil langkah perlu untuk mengawal harga makanan, terutama telur ayam.
'Harga Telur Ayam Diumum Turun Esok'- Ujar PM

Perdana Menteri berkata, isu berkenaan adalah antara perkara penting ditekankannya pada mesyuarat khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara 2022, di sini, hari ini.

Menurutnya, apa yang ditekankan ialah masalah harga barang, kos sara hidup selain mengucapkan terima kasih kerana industri nampaknya menyediakan telur mencukupi dalam pasaran dan berdasarkan keterangan, hal ini (bekalan telur ayam) akan bertambah dalam masa singkat.

Ujarnya lagi, beliau lebih ingin menekankan supaya kos itu dapat dikawal lagi. Ini termasuk MAFI melalui Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), mengambil langkah supaya harga di pusat pengeluaran itu tidak terlalu (atau tinggi) dalam pasaran.

Sumber: Astro Awani, Berita Harian, Berita Harian

Share.

Leave A Reply