Hari Pertama ‘Lockdown’ Buatkan Ibu Negara Kelihatan Lengang | Suasana ibu negara yang sering kelihatan sesak dan dipenuhi oleh orang ramai kini bertukar menjadi lengang pada hari pertama pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh Fasa 1 bermula hari ini sehingga 14 Jun depan.

Hari Pertama 'Lockdown' Buatkan Ibu Negara Kelihatan Lengang

Premis-premis perniagaan bukan keperluan di kawasan tumpuan orang ramai iaitu di Bukit Bintang dan Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) didapati tidak beroperasi kerana m7ematuhi perintah yang telah dikeluarkan oleh kerajaan bagi mengawal penularan virus covid-19 yang berjangkit.

Pusat membeli-belah yang terkenal yang sentiasa meriah dan dipenuhi orang ramai turut bertukar suram dan sunyi. Ini kerana tiada kehadiran pengunjung disitu disebabkan oleh hanya beberapa seksyen tertentu sahaja dibenarkan untuk beroperasi dengan kebenaran kerajaan.

Bagi pengangkutan awam yang sering menjadi kenderaan pilihan penduduk ibu kota pula seperti bas, perkhidmatan e-hailing dan teksi dilihat berada di atas jalan-jalan utama kelihatan begitu sedikit jumlahnya sekiranya ingin dibandingkan dengan hari-hari sebelumnya.

Anggota polis dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) turut didapati berada tengah bandar raya menjalankan tugas pemeriksaan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di premis-premis yang dibenarkan beroperasi ketika penguatkuasaan PKP penuh ini.

Tidak ada kelihatan orang awam berada di kawasan-kawasan yang sering menjadi tumpuan orang ramai itu kecuali para pekerja yang bekerja di premis makanan. Namun begitu, kelihatan juga mereka ini duduk termenung menunggu kehadiran pelanggan ke premis perniagaan mereka.

Justeru situasi lengang di ibu kota menunjukkan masyarakat menjalankan tanggungjawab mereka dengan mematuhi SOP PKP bagi memutuskan rantaian penularan jangkitan wabak Covid-19 ini. Turut kelihatan sebuah van dari unit hebahan Jabatan Penerangan Malaysia membuat pengumuman berkaitan pematuhan SOP, pelaksanaan PKP penuh serta maklumat berkaitan vaksinasi ketika melalui Jalan TAR.

kerajaan telah mengumumkan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi atau ‘total lockdown’ Fasa Pertama di seluruh negara selama 14 hari hingga 14 Jun depan pada hari jumaat lalu.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata, menerusi ‘total lockdown’ itu, semua sektor tidak dibenarkan beroperasi kecuali sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu yang akan disenaraikan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Sumber: Malaysia Gazette

Share.

Leave A Reply