Harta RM1 Billion. Ini Jawapan DS Najib Razak Punca Ku Nan Kaya

| March 6, 2020 | 0 Comments

Harta RM1 Billion. Ini Jawapan DS Najib Razak Punca Ku Nan Kaya | Baru ni ramai terkejut bila tau harta Ku Nan pernah cecah RM1 billion. Ini jawapan balas DS Najib Razak tentang punca kekayaan Ku Nan. Tak sangka. Baca selanjutnya.

Ku Nan Kaya Sejak Awal 1990-an Lagi

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempertahankan kekayaan yang dimiliki Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Mansor yang mencecah RM800 juta seperti yang didedahkan oleh mahkamah.

Menurut Najib, pada awal tahun 1990-an, Tengku Adnan memperoleh kekayaannya ketika pasaran saham Malaysia sedang rancak.

“Seperti yang disebut dalam buku ini, Tengku Adnan sering berniaga bersama (Tan Sri) Vincent Tan dan juga pernah memiliki kepentingan saham yang besar dalam syarikat media The Star, Watan dan Mutiara Telecommunications (yang kini dikenali sebagai DiGi telecommunications).

“Pada tempoh itu, Perdana Menteri semasa adalah Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Kewangan ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim,” ujarnya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Tambah Najib, ketika Tengku Adnan dilantik menjadi Timbalan Menteri pada tahun 2001 oleh Dr Mahathir, beliau sudah pun mempunyai aset hampir RM1 bilion.

“Sebab itu, perlu tanya mereka berdua (Dr Mahathir dan Anwar) jika nak tahu bagaimana Tengku Adnan menjadi kaya masa itu,” katanya.

Semalam, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memulakan siasatan kekayaan Tengku Adnan.

Selepas Mahkamah Tinggi menolak permohonan Tengku Adnan untuk pengisytiharan asetnya didengar dalam prosiding secara tertutup, tanpa kehadiran orang awam atau pihak media, bekas Menteri Wilayah Persekutuan itu gagal mengawal perasaan di bilik bicara.

Tengku Adnan berkata, beliau mengisytiharkan aset RM938,643,566.16 pada 2001 semasa Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri.

Pada tahun 2006 pula Tengku Adnan mengisytiharkan asetnya berjumlah RM711,325,822. Pada masa itu, beliau dilantik sebagai Menteri Pelancongan oleh Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Pada 2013, Tengku Adnan mengisytiharkan asetnya berjumlah RM691,770,649 kepada Najib. Tengku Adnan adalah Menteri Wilayah Persekutuan untuk keseluruhan penggal.

Pada 2016, Tengku Adnan membuat perisytiharan aset sebanyak RM782,748,061.


Sumber: Sinar Harian via FB Najib Razak

Tags: , , , , , ,

Category: SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *