Customize Consent Preferences

We use cookies to help you navigate efficiently and perform certain functions. You will find detailed information about all cookies under each consent category below.

The cookies that are categorized as "Necessary" are stored on your browser as they are essential for enabling the basic functionalities of the site. ... 

Always Active

Necessary cookies are required to enable the basic features of this site, such as providing secure log-in or adjusting your consent preferences. These cookies do not store any personally identifiable data.

No cookies to display.

Functional cookies help perform certain functionalities like sharing the content of the website on social media platforms, collecting feedback, and other third-party features.

No cookies to display.

Analytical cookies are used to understand how visitors interact with the website. These cookies help provide information on metrics such as the number of visitors, bounce rate, traffic source, etc.

No cookies to display.

Performance cookies are used to understand and analyze the key performance indexes of the website which helps in delivering a better user experience for the visitors.

No cookies to display.

Advertisement cookies are used to provide visitors with customized advertisements based on the pages you visited previously and to analyze the effectiveness of the ad campaigns.

No cookies to display.

Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa mengetepikan sabitan hukuman penjara 14 bulan terhadap seorang suri rumah atas kesalahan mencuri dua peket Milo bernilai RM74 di sebuah pasar raya di Marang pada 25 Mei lalu.

Hukuman Penjara Wanita Curi Milo Diketepikan

Hakim Datuk Hassan Abdul Ghani membuat keputusan berkenaan selepas memanggil pihak pendakwaan dan pembelaan untuk semakan kehakiman yang dijatuhkan terhadap tertuduh, Suhaini Mohd, 43, pada 5 Julai lalu oleh Mahkamah Majistret Marang.

Hassan kemudian memutuskan sabitan kes berkenaan diketepikan selepas mendengar hujahan pihak pendakwaan dan peguam tertuduh, Datuk Naran Singh serta mengarahkan kes tersebut disebut semula di Mahkamah Majistret Marang pada hari yang sama.

Naran ketika ditemui pemberita berkata, pihaknya mendapati terdapat beberapa kecacatan dalam prosiding kes itu sebelum ini.

“Pertama, kesalahan lampau yang dikemukakan adalah tidak sah dari segi undang-undang dan kedua, ada ekshibit mereka (pihak pendakwaan) kemukakan tidak seharusnya dikemukakan,” katanya di sini pada Selasa.

Sementara itu di Mahkamah Majistret Marang, Suhaini membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan semula kes berkenaan dibacakan di hadapan Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda.

Sejurus pengakuan tertuduh direkodkan, mahkamah menetapkan 6 September depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Selain hukuman kerana mencuri dua peket Milo, hukuman penjara selama 18 bulan atas dua kesalahan berkaitan penyalahgunaan dadah yang dihadapi tertuduh turut ditangguhkan.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin.

Media sebelum ini melaporkan, seorang suri rumah dipenjarakan oleh Mahkamah Majistret Marang setelah mengaku salah mencuri dua peket Milo pada Mei lalu.

Suhaini yang beralamat di Kampung Kuala Abang, Dungun didakwa melakukan kesalahan itu pada 25 Mei lalu di sebuah pasar raya di Marang.

ertuduh sebelum ini mempunyai tiga rekod jenayah lampau berkaitan kesalahan sama iaitu dua kes pada tahun 2019 dan satu kes pada tahun lalu

Sumber : Astro Awani

Share.

Leave A Reply