Ibu Hamil 7 Bulan Terhumban Dari Jambatan Motosikal Terlanggar Penghadang. |Seorang wanita meninggal dunia selepas motosikal yang dinaiki bersama suami dan anak lelakinya melanggar penghadang sebuah jambatan sebelum mangsa terjatuh ke dalam sungai pada Sabtu lalu.

Kejadian itu berlaku di jambatan Sungai Logawa di Desa Kediri, Kecamatan Karanglewas, Kabupaten Banyumas, Jawa Tengah, Indonesia.

Lebih menyedihkan lagi, mangsa yang dikenali sebagai Sulastri, 36, sedang hamil tujuh bulan pada waktu kejadian.

Salah seorang anggota penyelamat, Trisno berkata, ketika insiden itu berlaku, mangsa serta suami dan anaknya sedang melalui jambatan tersebut.

“Kejadian itu berlaku pada pukul 9 pagi dan motosikal dinaiki mereka hilang kawalan dan terus melanggar penghadang jambatan tersebut sebelum mangsa terhumban ke dalam sungai.

“Suami dan anaknya pula terselamat,” katanya.

Sementara itu, media Indonesia, Kompas.com melaporkan mayat mangsa ditemui oleh pasukan penyelamat pada pukul 10.45 pagi pada hari yang sama tidak jauh daripada lokasi kejadian.

Sumber: Majoriti

Baca Juga: Seorang Warga Emas Maut Kereta Terhumban Dari Jambatan.

MELAKA: Seorang warga emas maut apabila kereta dipandu hilang kawalan sebelum terhumban dari Jambatan Syed Abdul Aziz di Taman Kota Laksamana di sini, pagi tadi.

eksiden

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.20 pagi itu, mangsa, Tan Chin Chee, 76, disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Melaka, Superintenden Hasan Basri Yahya berkata, kejadian berlaku apabila kereta jenis Toyota Vios dipandu mangsa yang menghala ke Melaka Raya telah hilang kawalan.

“Kereta mangsa dari lorong kiri telah masuk ke laluan bertentangan sehingga terjatuh dari jambatan.

“Anggaran ketinggian dari jambatan ke tempat kejadian adalah lebih kurang 15 meter dan akibat kemalangan itu, mangsa dilaporkan maut di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Melaka dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dalam pada itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah, Pegawai Bomba Kanan II Rahim Ismail berkata, panggilan kecemasan diterima pada pukul 9.26 pagi.

Katanya, sepasukan lapan anggota termasuk sebuah jentera dikejarkan ke lokasi.

“Setiba di lokasi, kita dapati terdapat sebuah kereta dalam keadaan remuk dipercayai terjatuh daripada jambatan dan terdapat seorang lelaki di dalamnya.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Melaka, Superintenden Hasan Basri Yahya berkata, kejadian berlaku apabila kereta jenis Toyota Vios dipandu mangsa yang menghala ke Melaka Raya telah hilang kawalan.

“Kereta mangsa dari lorong kiri telah masuk ke laluan bertentangan sehingga terjatuh dari jambatan.

“Anggaran ketinggian dari jambatan ke tempat kejadian adalah lebih kurang 15 meter dan akibat kemalangan itu, mangsa dilaporkan maut di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Melaka dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Pemandu tersebut telah disahkan meninggal dunia dan operasi mengeluarkan mengambil masa kira-kira 10 minit sebelum mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sumber: KMN

Share.

Leave A Reply