Ibu Kota Thailand Bakal Berubah Nama. Ini Nama Baru Bagi Bangkok | Ibu negara Thailand dilaporkan bakal dikenali ‘Krung Thep Maha Nakhon’, menurut Pejabat Penaung Diraja (ORST).

Ibu Kota Thailand Bakal Berubah Nama. Ini Nama Baru Bagi Bangko

Kabinet Thailand, pada Selasa, meluluskan pertukaran berkenaan, tetapi penggunaan nama ‘Bangkok’ masih diiktiraf.

Menurut ORST, nama rasmi baharu itu hanya berkuat kuasa selepas disemak oleh jawatankuasa yang bertanggungjawab meneliti draf rang undang-undang serta dipantau Kementerian Luar.

Nama Bangkok digunakan secara rasmi sejak November 2001, diilhamkan dari wilayah Bangkok, yang kini sebahagian daripada kawasan metropolitan merangkumi Bangkok Noi dan daerah Bangkok Yai.

Krung Thep Maha Nakhon, atau ‘Krung Thep’, adalah singkatan kepada ‘Krung Thep Mahanakhon Amon Rattanakosin Mahinthara Ayuthaya Mahadilok Phop Noppharat Ratchathani Burirom Udomratchaniwet Mahasathan Amon Piman Awatan Sathit Sakkathatsitiya’.

Timbalan jurucakap kerajaan, Ratchda Dhanadirek menerusi hantaran di Facebook berkata, Thai Krung Thep Maha Nakhon akan digunakan sebagai nama rasmi, manakala Bangkok masih diiktiraf, selepas pengumuman mengenai pertukaran nama itu mendapat kritikan ramai.

Sementara itu, jawatankuasa ORST yang terdiri pakar dari Kementerian Luar, telah mengemas kini ejaan negara, wilayah, zon pentadbiran dan ibu negara agar selaras dengan keadaan semasa.

Panel itu menyerahkan senarai berkenaan kepada Pejabat Perdana Menteri untuk diumumkan.

ORST turut mengemas kini ejaan rasmi untuk bandar-bandar lain termasuk Kuala Lumpur, Rom, Nay Pyi Taw dan Kathmandu.

Sumber: Harian Metro 

Share.

Leave A Reply