Ibu Tikam Anak Usia 5 Bulan Hingga Maut Gara-Gara Tekanan Jiwa | Seorang ibu telah di tangkap oleh pihak polis selepas dia didapati menikam bayinya yang berusia lima bulan yang lalu, menurut laporan Daily Star, baru-baru ini.

Ibu Tikam Anak Usia 5 Bulan Hingga Maut Gara-Gara Tekanan Jiwa

Suspek dikenali sebagai Kristhie Alcazar, 26, didakwa berikutan insiden pembunuhan ngeri bayi terbabit yang dikatakan berlaku di sebuah rumah berdekatan Penns Grove, New Jersey, menurut pendakwa raya di Amerika Syarikat.

Pihak polis dilaporkan telah bergegas ke tempat kejadian selepas seorang operator yang menjawab panggilan kecemasan mendengar ‘bunyi yang tidak menyenangkan’ ketika menerima panggilan kecemasan 911 dari tempat kejadian, lapor New York Post.

Ketika penyiasat sampai di rumah tersebut, mereka mendapati bayi tersebut sudah meninggal dunia dan ibunya sedang bergaduh dengan seseorang, kata pendakwa raya dari Pejabat Salem County.

Kesan tikaman dapat dilihat dengan jelas pada bahagian dada bayi tersebut dan beberapa pisau telah dijumpai di kawasan kejadian oleh pihak berkuasa.

Menurut penduduk tempatan yang berada berdekatan tempat kejadian, dia ternampak wanita itu di gari semasa keluar daripada rumah lalu memasukkannya ke dalam kereta.

Tambahnya lagi, pihak hospital turut berada di tempat kejadian ketika suspek diusung keluar namun setelah melihat hanya wanita itu beredar tanpa bayinya, dia memberitahu bahawa mengesyaki bahawa bayi wanita itu telahpun tiada.

Tambahnya lagi, suspek kelihatan seperti seorang ibu yang baik tetapi dikatakan menghidapi kemurungan selepas bersalin.

Sumber: Daily Mail

Share.

Leave A Reply