Seorang ibu tunggal berumur 23 tahun yang senang disapa sebagai Emi sebak selepas Ebit Lew menghadiahkannya sebuah motosikal.

Wanita berkenaan yang mempunyai tanggungan seorang anak bekerja sebagai walker Foodpanda untuk menyara hidup.

Selain itu, Emi juga bekerja sambilan sebagai pembantu restoran dan menetap di sebuah flat sekitar Kerinchi, Lembah Pantai, Kuala Lumpur.

Menerusi hantaran di Instagram Ebit Lew, pendakwah itu berkata dia terharu dengan kesungguhan ibu muda ini keluar mencari rezeki.

“Suami dah lama terpisah. Masih proses mahkamah.

“Ujian adik sabarlah. Di usia muda dengan ujian begini. InsyaAllah di sebalik ujian dan kesusahan kerana Allah sayang kita,” tulis Ebit Lew.

Menurut Ebit, Emi sudah lama melihat pasukannya menabur bakti kepada masyarakat dan tidak sangka kini giliran dirinya untuk dibantu.

“Katanya dah lama ingin jumpa ustaz. Hari-hari tengok ustaz suka tolong orang. Tiba-tiba Allah jumpakan di sini,” ujarnya.

Emi mengakui dia sememangnya sedang mengumpul duit untuk membeli sebuah motosikal. Terkejut dan terharu, dia tidak sangka perkara itu menjadi realiti secepat ini dengan pertolongan Ebit.

“Semoga Allah jaga adik, jadi wanita yang solehah dan anak menjadi anak yang baik dan hebat,” doa Ebit.

Ebit sempat berterima kasih kepada mereka yang terlibat dalam usaha membantu Emi.

Menerusi akaun TikTok Ebit Lew juga, dia telah berkongsikan kisah hidup Emi yang telah mendapat simpati ramai rakyat.

@ustazebitlew

Hadiahkan motor Y15 Terjumpa adik emy kerja menghantar makanan dengan berjalan kaki panda walker. Juga pembantu sambilan sebuah restoren. Emi 23 tahun anak yatim dan ada anak seorang. Suami dah lama terpisah#ebitlew #fyp #ebitlew #fyp

♬ Satu Rasa Cinta – Arief

“Sampai sanggup jadi Walker Allahuakbar. Mesti dia dh habis ikhtiar. Tapi demi anak naluri ibu tetap semangat utk sesuap nasi. Tahniah dik,” @User7159750979420.

“Jaga baik2 moto kak. Zaman skrg ramai kaki piang moto.duk umah flat ni kadang2 risau moto je. Semoga dia permudahkan,” @Fendy.

“Sebak tengok dia nangis. Sungguh dia seorang yg sangat sangat kuat πŸ₯Ί,” @Rozyana Roslan.

“Kat mana nak carik adik ni ye. nak berbagi rezeki sedikit. mntk tlg sesiapa tau adik ni,” @NashaAura.

“Lawa nya dia. Semoga ada insan yg baik terima dia sebagai isteri dan bg kebahagiaan zahir dan batin pada dia. Bantu lah dia,” @Sakinah Muhammad.

Rata-rata netizen juga berterima kasih kepada Ustaz Ebit Lew kerana mengurangkan beban ibu tunggal itu dan memudahkannya untuk bekerja dengan lebih senang.

Sumber: Mstar

 

Baca Juga: Rider Foodpanda Gigih Redah Banjir Demi Hantar Makanan | Dalam cuaca yang kurang baik, tular seorang penghantar makanan sanggup meredah banjir demi menghantar makanan kepada pelanggan baru-baru ini.

Menerusi sebuah video tular di platform TikTok yang dimuat naik oleh @echa.cha__ memaparkan kegigihan seorangΒ riderΒ FoodPanda yang masih memenuhi permintaan pelanggan tidak kira dalam apa jua keadaan.

@echa.cha__

ada yang kenal kaaa πŸ˜†

♬ αžŸαŸ†αž‘αŸαž„αžŠαžΎαž˜ – πŸ‡°πŸ‡­αž‡αžΈαžœαž·αžαž€αžΌαž“αž€αŸ†αž–αŸ’αžšαžΆπŸ™‚πŸ₯Ί – πŸ’“αžŸαžΆαž˜αžŽαŸαžš πŸ’“αž•αžΆαž“αŸ‹αž“αžΈ πŸ‡°πŸ‡­

Berdasarkan klip rakaman yang berdurasi 12 saat itu memaparkan penghantar makanan terbabit lengkap berpakaian baju hujan meredah air banjir berkenaan.

β€œTerima kasih abang panda hantar makanan walaupun rumah banjir,” tulisnya di platform tersebut.

Menjengah ke dalam ruangan komen, rata-rata netizen memuji dan terhibur dengan tindakan individu terbabit dalam menghantar pesanan makanan walaupun hujan masih turun sewaktu itu.

“Tetap hantar order walaupun banjir customer je tak faham kadang2 asyik nak marah je,” @kakicedok68.

“Ini kalau cust marah lagi taktahu la member sanggup redah banjir tu,” @Farnia.

 

Share.

Leave A Reply