Sejak beberapa hari lalu hangat diperkatakan apabila seorang pendakwah bebas, Ustazah Siti Afifah mengeluarkan kenyataan mendakwa seorang golongan suami ‘dayus’ jika benarkan doktor lelaki uruskan isteri bersalin.

Meskipun pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus tampil menjelaskan mengenai dakwaan tersebut namun kenyataan UAI itu dibidas semula oleh Ustazah Afifah.

Terbaru, penceramah motivasi, Amin Idris mendedahkan ustazah tersebut tidak mempunyai latar belakang pengajian agama seperti agamawan yang lain.

“Saya dapat info rupanya ustazah ini tidak ada background pengajian agama yang formal. Nak claim dia sebagai agamawan, ilmuan itu agak sukar.

“Kita perlu hati-hati daripada mengambil ilmu daripada mereka. Apatah lagi, saya dapati banyak juga kenyataan di media sosial yang sangat misleading.

“Baru-baru ni, dia mendakwa semua suami yang hantar isteri bersalin diuruskan oleh doktor lelaki dianggap dayus. Kena faham! Dayus ini diangap dosa besar,” katanya lagi.

Sementara itu, menerusi satu video, Amin Idris menekankan dalam prinsip perubatan ada hukum umum dan pengecualian lebih-lebih lagi kepada pegawai perubatan seperti doktor.

“Kita kena ingat, dalam hukum Islam ada prinsip hukum umum dan ada pengecualian. Betul! Prinsip umum doktor lelaki haram melihat aurat pesakit wanita. Begitu juga doktor wanita, haram melihat aurat pesakit wanita.

“Namun kenapa boleh? Atas sebab darurat dan tujuan perubatan. Saya ada bertanya kepada para doktor dalam kalangan kawan.  Dalam etika kedoktoran, ketika doktor lelaki menguruskan wanita bersalin mesti kena ada peneman.

“Darurat ini bukan sekadar tak ada pilihan tetapi demi jaga nyawa. Bukan satu nyawa tetapi dua, anak dan ibu,” katanya.

Dalam pada itu, Amin berkata tidak ramai wanita terlibat dalam bidang Obstetrik & Ginekologi (O&G) kerana memerlukan kudrat yang kuat.

“Apatah lagi, doktor O&G tak ramai. Bila ustazah itu kata doktor dah ramai, itu betul iaitu doktor secara umum. Doktor perempuan O&G tak ramai, yang ramai itu lelaki.

“Sebab nak sampai tahap pakar O&G itu tak senang, beban yang luar biasa dasyat. Tak semua wanita mampu untuk memikul. Oleh demikian, disebabkan itu timbul soal darurat. Di mana para suami tidak ada pilihan,” katanya.

 

Baca Juga: Ustazah Afifah Pertikai Kenyataan UAI Tentang Darurat | Baru-baru ini, Ustazah Siti Afifah membidas Ustaz Azhar Idrus yang memberi pernyataan tentang suami dayus apabila membenarkan isteri bersalin dengan doktor lelaki.

“Minta maaf Ustaz Azhar Idrus. Saya seorang wanita yang mengalami pengalaman mengandung dan beranak. Ini masalah wanita tau ustaz! Masalah wanita!

“Yang meletakkan hukum dayus, tanda-tanda lelaki dayus adalah Allah Taala. Jadi, apa saya nak cakap dekat ustaz.. mungkin terlepas pandang,” katanya.

Menurut Ustaz Azhar Idrus atau lebih dikenali sebagai UAI berkata bersalin adalah kritikal kerana berkaitan dengan dua nyawa dan jika tiada doktor wanita tidak berdosa jika doktor lelaki menguruskannya.

@m_hafizek

Replying to @s_yqjs ini apa yg dia Kata UAI tak faham bab hukum

♬ original sound – MR H A F I Z E K – MR H A F I Z E K

Siti Afifah turut mempersoalkan adakah ustaz pernah berada  dalam situasi wanita bersalin serta bertanyakan sama ada UAI pernah merasai pengalaman sakitnya  melahirkan anak.

“Dalam masa sama, apa tindakan ustaz sebagai ulama melihat doktor membuat kajian kepada wanita dengan menyeluk, main-main dekat dalam (kemaluan) dan sebagainya.

“Apa ustaz perjuangkan selama ini? Tidakkah berasa ini sebagai tanggungjawab ulama dan ustaz? Mana jiwa kamu? Ini pasal maruah wanita. Jangan mudah nak halal haram.

“Apa usaha ustaz nak mempertahankan maruah wanita apabila suaminya di luar kemampuan? Apa usaha ustaz yang mempunyai pengikut ramai sampaikan kepada kerajaan bahawa wanita-wanita tidak reda dijadikan bahan kaji.

“Ustaz tau tak sakit dirodok di bawah (kemaluan) macam mana? Bukan seorang atau dua (doktor) yang masuk (kemaluan). Itu belum lagi tangan bukan Muslim. Tangan lelaki tau tak macam mana?” katanya.

Sumber: Rotikaya

Share.

Leave A Reply