Indonesia: Gempa Bumi Berukuran 7.4 Dikesan Di Maluku | Gempa bumi bermagnitud 7.4 dilaporkan telah menggegarkan pantai selatan wilayah Maluku timur Indonesia awal pagi Khamis, kata Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik Indonesia.

Indonesia: Gempa Bumi Berukuran 7.4 Dikesan Di Maluku

Dilaporkan tiada kematian atau kerosakan dilaporkan menurut Agensi Pengurusan Bencana Nasional Indonesia setakat ini.

Menerusi laporan Xianhui, gempa itu berlaku pada 1.25 pagi waktu Jakarta (1825 GMT Rabu). Pusat gempa berada 45 km barat laut Kabupaten Maluku Barat Daya, wilayah Maluku, dengan kedalaman 210 km di bawah laut.

Agensi tersebut turut menyatakan gegaran kuat di pulau-pulau dan bandar-bandar yang lebih dekat dengan pusat gempa. Ia turut merekodkan gegaran susulan berukuran 5.2 magnitud berhampiran pusat gempa.

Tiada amaran tsunami dikeluarkan, namun agensi itu memberi amaran mengenai kemungkinan gegaran susulan berhampiran pusat gempa dan mengingatkan penduduk supaya bertenang dan berwaspada.

Indonesia dilaporkan sering terdedah kepada gempa bumi kerana kedudukannya yang terletak di Lingkaran Api Pasifik.

umber: Astro Awani

Share.

Leave A Reply