Ingat! Kifarah Itu Wujud | Assalamualaikum semua. Nama saya Mas. Berusia lingkungan 30 an dan berasal dari Durian Tunggal, Melaka. Saya telah bertunang dengan seorang pemuda bernama Jam dan dia juga berumur dalam lingkungan 30 an. Ringkaskan cerita untuk tidak membuang masa reader semua dan jadikan ini iktibar untuk tidak melakukan perbuatan ini kepada orang lain.
Saya dan tunang telah berhajat untuk berkahwin pada awal tahun ini
setelah 12 tahun berkawan.
Segala persiapan perkahwinan termasuk urusan catering, hantaran dan
jemputan hadirin telah siap dilakukan serta hanya menunggu masa untuk
dinikahkan.
Namun, lagi 2 bulan kami hendak dinikahkan, berlaku sesuatu yang aneh
dalam hubungan kami tanpa pengetahuan saya di mana tunang saya telah
didampingi oleh seorang janda bernama Daiman berusia lingkungan 20 an.
Setiap hari, Daiman akan berjumpa dengan tunang saya dan menaburkan
banyak cerita sedih yang direka2 dan ditipu untuk mendapatkan simpati
tunang saya.
Dia juga kerap menceritakan pelakuan bekas suaminya yang juga merupakan
seorang penagih dadah dan akan menangis setiap kali dia mengeluarkan
topik2 sedih berkaitan dirinya.
Dia turut mengaku kepada tunang saya bahawa dia sedang mengalami d3pr3ss
dan kemurungan hingga turut menipu dengan mengaku dirinya ada penyakit
gila dan ini membuatkan tunang saya bertambah kasihan padanya.
Mereka “bercinta” secara diam tanpa hadirnya rasa kasih cinta & sayang
di hati Jam terhadap Daiman kerana perasaan kasihan yang menebal akibat
cerita demi satu pembohongan Daiman.
Genap lagi sebulan untuk kami mendirikan rumahtangga, Daiman secara
tiba2 mengajak tunang saya untuk menikahinya walaupun dia tahu secara
waras bahawa tunang saya akan berkahwin dengan saya pada tarikh sekian
sekian.
Tunang saya yang seperti otak kosong terus bersetuju menerima pelawaan
Daiman dan langsung tidak dapat berfikir kerana terasa seolah seperti
dipukau dan terpukau.
Tidak sampai 6 bulan mereka berkawan, akhirnya mereka bekahwin secara
senyap di belakang saya.
Namun, tidak sampai 2 hari mereka hidup sebagai suami isteri, tunang
saya mulai tersedar bahawa dia telah tersalah pengantin. Bukan Daiman
yang dimahukannya tetapi saya.
Pada waktu ini juga tembelang Daiman mula pecah dan tunang saya mula
tersedar bahawa Daiman mempunyai agenda peribadinya yang tersendiri dan
udang di sebalik batu di atas pernikahan tergesa-gesa mereka.
Di samping itu juga, ada unsur mistik yang terjadi termasuklah bau mulut
dan kemaluan Daiman yang terlalu busuk setiap kali ingin bersenggama
hingga menyebabkan hilang selera untuk bersama.
Ia membuatkan Jam menemui saya dalam keadaan kusut pada hari ke 4 mereka
mendirikan rumahtangga.
Saya yang mendapat tahu berita sedih ini, tenyata sangat terperanjat
hingga terduduk tidak tahu hendak berkata apa.
Apa yang hendak saya beritahu kepada keluaga saya kerana tarikh
pernikahan kami tidak sampai lagi sebulan. Jemputan pula sudah
dipanggil. Terbayang wajah ibu di mata saya.
Mulai pada malam itu, saya tidak henti2 berdoa kepada Allah kerana saya
telah dianiaya dan ditikam belakang oleh mereka berdoa.
Saya berdoa sekiranya saya berada dipihak yang benar dan jodoh saya
adalah dengan tunang saya,
Maka saya mohon agar dekatkan kami kembali dan jauhkan tunang saya
dengan Daiman sekiranya Daiman mempunyai kepentingan tertentu dalam
perkahwinan mereka.
Saya yakin saya teraniaya. Jika sekiranya Jam bukan jodoh saya yang
terbaik, maka wajarlah dia dijauhkan daripada saya dan berikan mereka
kebahagiaan.
KUASA DOA. Sesungguhnya Allah mendengar rintihan saya.
Tak sampai 7 bulan mereka mendirikan rumahtangga, mereka akhirnya
bercerai setelah tidak tinggal sebumbung sejak seminggu mereka berkahwin
tanpa sempat merasa kenikmatan bulan madu.
Guys, percayalah bahawa kifarah itu wujud. ALLAH itu sentiasa ada kepada
hambanya yang memohon pertolongan terhadap orang yang dianiaya. Dia
sentiasa mendengar permintaan hambanya yang lemah.
Kepada anda orang ketiga, ini nasihat saya. Anda jangan terlalu gembira
dengan kehidupan anda bersama pasangan yang anda rampas kerana pasangan
itu adalah hak orang lain. Anda
Wajib tahu bahawa jangan terlalu yakin bahawa anda akan selamat walau
sesaat pun kerana perbuatan anda akan berbalik kepada anda.
Setiap air mata dan kehancuran hati mangsa anda, akan dibayar dengan
cepat oleh Allah di atas muka bumi. Anda rampas hak orang, orang lain
akan rampas kembali hak anda!
Kepada pembaca, doakan yang baik2 terhadap hubungan saya dan tunang saya.
Kami sedang menjalankan kembali urusan pernikahan kami yang tergendala
sebelum ini akibat perbuatan orang ketiga yang tidak diundang ini.
Semoga Allah merahm4ti niat suci ini untuk menghalalkan status kami
menjadi suami isteri yang diredhai.
– Mas (Bukan nama sebenar)
Kredit: IIUM Confessions