Ingatkan Sakit Biasa, Rupanya Lipas Dalam Telinga | Satu video memaparkan seorang wanita terpaksa dikejarkan ke hospital selepas telinganya dimasuki seekor lipas menjadi tular di media sosial Indonesia, lapor Suara.com.
Video yang di muat naik oleh @fakta.indo di Instagram pada Khamis, 29 Disember lalu telah menunjukkan seorang jururawat di hospital sedang memeriksa telinga seorang wanita.
Berdasarkan video itu, jururawat tersebut dilihat berjaya mengeluarkan seekor lipas daripada telinga pesakit dengan menggunakan pengepit.
Menurut keterangan di video tersebut, wanita itu pada awalnya mengadu sakit di telinga kanannya. Setelah pemeriksaan dilakukan, ternyata terdapat seekor lipas di dalam telinga wanita berkenaan.
Kejadian yang menimpa wanita itu telah membuatkan netizen berasa geli dan takut. Beberapa pengguna media sosial juga sempat mempersoalkan bagaimana serangga itu boleh masuk ke telinga wanita berkenaan.
Malah, peristiwa yang dialami wanita dalam video tersebut telah membuatkan netizen cemas untuk tidur. Takut-takut jika lipas juga akan memasuki telinga mereka sewaktu sedang nyenyak tidur.
Terdapat juga beberapa komen yang ditinggalkan oleh pengguna media sosial tersebut berasa lega selepas lipas itu dapat dikeluarkan dari telinga wanita berkenaan.
Tulis seorang pengguna diikuti dengan emoji sedih, “Refleks saya segera memegang telinga saya,”.
Seorang netizen tulis, “Ini yang saya takut. Masalahnya saya tidak sedar ketika sedang tidur. Saya harap ia tidak akan berulang lagi,”.
Tulis seorang lagi pengguna, “Mengerikan, bagaimana ia boleh masuk ke dalam telinga,”.
Sumber: Siakap Keli
Artikel Lain
3 Pelajar Lelaki Dibuli Senior Sampai Pecah Gegendang Telinga
Tiga pelajar lelaki sebuah sekolah menengah kebangsaan berasrama di Bandar Kemaman mendakwa dibuli dan dipukul sekumpulan senior dalam kejadian 23 Ogos lalu.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, ketiga-tiga mangsa terbabit membuat laporan polis pada 27 Ogos.
Menurutnya, laporan pertama dibuat pelajar berusia 14 tahun yang mendakwa dipukul sekumpulan pelajar sehingga menyebabkan gegendang telinga sebelah kanan pecah serta lebam di badan.
“Pada tarikh sama, dua lagi pelajar berusia 13 dan 15 tahun hadir ke Balai Polis Chukai turut membuat aduan mereka dipukul sehingga lebam di badan.
“Kesemua mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Kemaman untuk rawatan dan dirawat sebagai pesakit luar,” katanya dalam kenyataan petang ini.
Hanyan berkata, kejadian buli dan pukul itu berlaku dipercayai akibat perasaan tidak puas hati pelajar senior selepas mangsa dikatakan mengadu kegiatan menghisap vape kepada guru.
“Sehingga jam 3.30 petang ini, seramai 11 pelajar berusia antara 13 hingga 16 tahun yang tinggal di sekitar Bandar Chukai ditahan.
“Kesemua mereka yang ditahan itu disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah,” katanya.
Hanyan berkata, beliau berharap pihak pengurusan sekolah dapat memantau dan mengawasi kejadian seumpama itu supaya tidak lagi berlaku.
“Kita juga berharap pihak sekolah segera melaporkan kepada polis sebaik berlaku sesuatu kejadian buli sebegini,” katanya.
Sumber : HM
Cemas! Telinga Kanak-kanak Tertusuk Anak Panah Besi
Pantang maut sebelum ajal, demikian nasib seorang kanak-kanak lelaki yang berdepan detik cemas apabila bahagian telinga kanannya tertusuk anak panah senapang ikan di Song, Kapit, baru-baru ini.
Mangsa, Larry Lang Monica Doris, 9, terpaksa menahan kesakitan lebih sejam akibat kejadian itu sebelum anak panah besi terbabit berjaya dikeluarkan.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, berkata pihaknya menerima panggilan daripada kakitangan Klinik Kesihatan Song yang meminta bantuan khidmat khas pada jam 10.30 malam.
Susulan itu, katanya, tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Song dikejarkan ke lokasi.
Jelasnya, setiba di bilik kecemasan Klinik Kesihatan Song, anggota mendapati ada seorang kanak-kanak lelaki tertusuk anak panah senapang ikan di bahagian telinga kanannya.
Tambahnya, Komander operasi membuat ‘size up’ sebelum memotong anak panah besi itu menggunakan peralatan ‘bolt cutter’.
Katanya lagi dalam satu kenyataan, anak panah itu kemudian berjaya dikeluarkan.
Ujarnya, mangsa selamat tanpa kecederaan serius tetapi setakat ini, tiada maklumat jelas mengenai punca insiden yang berlaku di lokasi terletak kira-kira 600 kilometer dari Kuching.