Ini Angka Korban Dalam Tragedi Letupan Bom Istanbul | Letupan kuat menggegarkan lokasi beli-belah popular di kota Istanbul semalam, membunuh enam orang serta mencederakan berpuluh-puluh mangsa lain dalam kejadian yang disifatkan Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan sebagai serangan pengganas.
Polis mengepung kawasan sekitar Istiklal yang dipenuhi orang ramai petang semalam (waktu tempatan). Beberapa buah helikopter berlegar-legar di seluruh pusat bandar Istanbul, manakala siren amaran dibunyikan.
Seorang saksi yang bernama Cemal Denizci, berumur 57 tahun menyatakan bahawa Cemal berada antara 50 hingga 55 meter (dari lokasi letupan) dan kemudian terdengar bunyi letupan kuat. Cemal dapat melihat tiga atau empat orang terbaring di atas tanah.
Presiden Recep Tayyip Erdogan menyelar kejadian tersebut dan menggelarnya sebagai ‘serangan keji’.
Dalam satu sidang akhbar, beliau menyatakan bahawa, beliau mungkin salah jika mengatakan ini semestinya serangan pengganas namun, berdasarkan petanda-petanda awal, terdapat unsur keganasan.
Sementara itu, Fuat Oktay, Naib Presiden Turkiye berkata bahawa seorang wanita dilihat duduk di atas sebuah bangku selama lebih 40 minit sebelum dia bangun.
Satu atau dua minit kemudian, letupan berlaku.
Oktay juga berujar bahawa terdapat dua kebarangkalian. Sama ada bahan letupan diletakkan di dalam beg dan ia meletup, atau seseorang meletupkannya dari jauh. Semua data mengenai wanita berkenaan sedang disiasat.
Sumber: Kosmo
Artikel Lain
Afganistan: Tujuh Individu Terlibat Dalam Letupan Periuk Api
Satu letupan di ibu negara Afghanistan hari ini, sebuah bas yang membawa kakitangan pentadbiran Taliban menyebabkan tujuh individu cedera.
Jurucakap polis Kabul, Khalid Zadran, berkata letupan itu berpunca daripada periuk api yang dipasang di bahu jalan, namun setakat ini belum dapat dipastikan pihak yang menjadi dalang letupan berkenaan.
Beliau berkata, akibat letupan yang mengenai sebuah bas mini daripada Kementerian Rehabilitasi dan Pembangunan Luar Bandar, tujuh individu cedera.
Sejak beberapa bulan lalu, beberapa insiden serangan berlaku di kawasan bandar.
Bulan lalu, satu serangan oleh individu bersenjata menyasarkan sebuah kenderaan di barat Afghanistan, yang didakwa didalangi DAESH.
Serangan itu meragut nyawa lima anggota perubatan yang bertugas dengan pasukan keselamatan Taliban.
Meskipun pertempuran berskala besar sudah berakhir sejak tentera asing menarik diri dari negara itu setahun lalu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memaklumkan situasi keselamatan di Afghanistan kini semakin buruk.
Sumber : Berita Harian
Letupan Beirut. Pengantin Lari Selamatkan Diri Ketika Sesi Bergambar. Ada Video.
Letupan Beirut. Pengantin Lari Selamatkan Diri Ketika Sesi Bergambar. Ada Video. | Hasrat sepasang pengantin baharu untuk merakam detik indah bersempena perkahwinan mereka terbantut selepas sebuah gudang di Beirut meletup.
Berdasarkan satu rakaman video berdurasi 19 saat yang dimuat naik oleh pemilik Twitter StanceGrounded ini, juruvideo tersebut pada awalnya sedang menjalankan tugasnya merakam ‘footage’ pengantin perempuan.
Tiba-tiba letupan dari gudang berkenaan meledak hingga ke kawasan mereka, mengakibatkan pengantin beserta kru penggambaran rakaman tersebut bertempiaran lari menyelamatkan diri.
Memetik laporan media antarabangsa, tragedi tersebut dipercayai berkemungkinan berpunca Sebanyak 2,750 tan ammonium nitrat yang digunakan sebagai baja pertanian disimpan selama bertahun-tahun di sebuah gudang pelabuhan di bandar raya berkenaan meletup semalam sehingga menyebabkan berlakunya satu malapetaka.
My heart is so heavy 💔 😭
Saddest things ever 😫
A bride during her wedding shoot as the explosion in beirut happens.
PRAY FOR LEBANON 🇱🇧 pic.twitter.com/cTVVOuUSFo
— StanceGrounded (@_SJPeace_) August 5, 2020
“Buat masa kini, ia kelihatan akibat keputusan gagal mengurus (ammonium nitrat dengan baik),” katanya.Dua letupan yang berlaku itu menyebabkan 73 orang terkorban dan 3,700 orang cedera dan ia boleh didengar sehingga ke bandar Nicosia di Pulau Cyprus, timur Mediterranean yang sejauh 240 kilometer dari Beirut.
Bagaimanapun, punca sebenar letupan melibatkan bahan tersebut masih belum dikenal pasti.
Sumber : Siakapkeli