Ini KATA PEDAS Imam Besar Masjid Al-Aqsa Yang Buat Jutaan Umat Islam TERKEDU | Terkini Imam Besar Masjid Al-Aqsa pula bangkit memberi sindiran pedas kepada umat Islam negara kejiranan lain yang banyaknya hanya duduk diam tak bertindak seperti Turki dan Malaysia. Baca selanjutnya.

Terima kasih Kepada Turki

Imam Besar Masjid Al-Aqsa, Sheikh Ekrima Sabri menyatakan penghargaannya terhadap bantuan dan sokongan Turki terhadap Palestin waktu perbualan telefon beliau dengan Menteri Agama Turki pada hari Khamis tempoh hari.

Sheikh Sabri mengatakan, kenyataan Presiden Recep Tayyip Erdoğan dan Menteri Urusan Agama (Diyanet) Ali Erbaş yang tampil berani membuat sidang media kutukan terhadap serangan Israel di Masjid Al-Aqsa dan Palestin tempoh hari “sangat penting.”

“Tuan Presiden Recep Tayyip Erdoğan, ucapan pidato berharga anda sangat penting… Saya ingin mengungkapkan sekali lagi bahawa pidato yang menyokong Jurusalem, Masjid Al-Aqsa dan Palestin ini memberi kekuatan dan kegigihan kepada kami di sini,” kata Syekh Sabri.

Dia juga menyampaikan harapan terbaiknya kepada Erbaş dan kepada warga Turki untuk hari raya Idul Fitri yang sedang berlangsung dan harapannya bahawa Masjid Al-Aqsa suatu hari akan berada di Jurusalem yang tidak lagi terjajah.

Erbaş mengulangi kecaman Turki atas serangan kejam Israel di Palestin terhadap kanak-kanak dan wanita.

“Saya berharap semua umat Islam boleh bersatu,” katanya. “Jika perbezaan antara negara Islam berakhir dan boleh bersatu, pendudukan dan penganiayaan di Jurusalem akan turut berakhir,” tambah Erbas.

Dia juga mengakui bahawa ada kepekaan yang besar di Turki tentang Jurusalem dan Masjid Al-Aqsa.

Terkini seramai 139 warga Palestin telah meninggal dunia akibat serangan Israel, termasuk 39 anak-anak dan setidaknya 22 wanita, menurut Kementerian Kesihatan Palestin.

Manakala lebih 1,000 yang lainnya terluka, selain kerosakan parah pada bangunan tempat tinggal mereka.

Israel juga telah menahan ratusan warga Palestin dalam beberapa hari terakhir ini.

Ketegangan memuncak di lingkungan Sheikh Jarrah di Jurusalem Timur yang diduduki selama sebulan terakhir.

Ketegangan semakin meningkat setelah kelompok perlawanan Palestin bersumpah membalas serangan Israel di Masjid Al-Aqsa dan Sheikh Jarrah.

Untuk makluman, Israel menduduki Jurusalem Timur semasa perang Arab-Israel pada tahun 1967 dan mencuri seluruh kota itu pada 1980 – sebuah tindakan yang tidak pernah diakui oleh komuniti antarabangsa.

Sheikh Sabri Mula Bersuara

Imam veteran Masjid Al-Aqsa dan bekas Mufti Besar, Sheikh Ikrima Sabri, berkata pada hari Jumaat lalu bahawa negara-negara Arab terlalu sibuk berlawan satu sama lain untuk bimbangkan tentang Al Haram Al Sharif, Aljazeera.net melaporkan seperti dipetik dari Middle East Monitor.

Bercakap dalam khutbah Jumaat, Sheikh Sabri mengatakan bahawa pihak berkuasa pendudukan Israel telah memasang pengesan logam elektronik di pintu-pintu Masjid Al-Aqsa untuk menguji kehendak dunia Arab.

Beliau mengatakan:

Ini bukanlah ujian bagi kami kerana pendirian kami, sebagai penduduk Jerusalem, sangat jelas, tetapi ujian bagi kehendak dunia negara-negara Arab yang lemah secara diplomatik kerana perbalahan mereka terhadap satu sama lain.

Imam Umur 78 Tahun Ni Pernah Terkena Peluru Getah

Imam Sabri telah terkena dua peluru getah yang dilepaskan oleh pasukan keselamatan Israel awal minggu ini kerana beliau menentang tindakan yang dikenakan ke atas masjid oleh kerajaan Zionis.

Imam yang berusia 78 tahun itu berkata bahawa orang Arab sibuk membeli senjata “untuk membunuh satu sama lain.”

Pihak berkuasa Islam di Jerusalem menyeru semua masjid di bandar untuk terus ditutup dan mengarahkan solat Jumaat untuk dilakukan hanya di dalam Masjid Al-Aqsa.

Walau bagaimanapun, polis Israel – diperkuat oleh lima batalion tambahan – menghalang kebanyakan rakyat Palestin daripada memasuki tempat suci itu.

Seruan Palestin Kepada Dunia Islam

Di bawah slogan “Hari Kemarahan”, ramai pemimpin Palestin menyeru kepada umat Islam melakukan solat Jumaat berhampiran Masjid Al-Aqsa atau sekurang-kurangnya di pusat pemeriksaan Israel jika mereka tidak dapat melepasi.

Sementara itu, dalam satu kenyataan, Briged Al-Qassam, sayap bersenjata Hamas, telah memberi amaran bahawa serangan Israel terhadap Masjid Aqsa dan perangnya terhadap Jerusalem “akan membangkitkan bara di bawah abu dan menghidupkan kembali intifada Jerusalem”.

Sumber: Anadolu Agency English via Turkinesia

Share.

Leave A Reply