Hospital Sungai Buloh Terpaksa Sediakan Kontena Khas Simpan Jenazah | Peningkatan kes dan kadar kematian berikutan penularan wabak Covid-19 di negara semakin membimbangkan. Hal ini kerana kebanyakkan hospital menghadapi kekurangan katil dan kapasiti bilik mayat sehingga terpaksa menggunakan alternatif lain untuk menanggung kapasiti pesakit dan mayat.

Hospital Sungai Buloh Terpaksa Sediakan Kontena Khas Simpan Jenazah

Kuala Lumpur: Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sungai Buloh terpaksa menyediakan kontena khas sebagai tambahan tempat penyimpanan jenazah atau mayat mangsa Covid-19.

Kementerian Kesihatan (KKM) dalam satu kenyataannya melalui hantaran di laman Twitter memaklumkan sebanyak enam lagi kematian akibat Covid-19 dilaporkan di hospital berkenaan semalam.

Menurut kenyataan itu, lebih 80 peratus kematian akibat jangkitan Covid-19 di negara ini adalah daripada golongan berusia dan menghidap lebih satu penyakit kronik atau komorbiditi.

Menurut KKM, kebanyakkan daripada mereka mendapat jangkitan daripada ahli keluarga terdekat.

Tambahnya, jika anda tinggal bersama golongan berisiko tinggi, lindungi diri anda untuk anda melindungi mereka.

Sementara itu, sebanyak 3,780 kes Covid-19 dengan 36 kematian direkodkan semalam, manakala kes sembuh pula adalah 3,990.

Selain itu, 520 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 272 daripada mereka memerlukan alat bantuan pernafasan dan kes aktif Covid-19 di seluruh negara kini berjumlah 42,135.

Sumber: Berita Harian

Share.

Leave A Reply