Mayat Mangsa Covid-19 Tahun Lalu Masih Disimpan Di Dalam Treler | Kes kematian akibat daripada Covid-19 sememangnya makin meningkat saban hari sehinggakan di beberapa tempat mayat pesakit Covid-19 tidak mempunyai tempat untuk diletakkan. Hal yang sama turut terjadi di New York apabila berlaku peningkatan kes kematian pada tahun lalu.

Mayat mangsa Covid-19 Tahun Lalu Masih Disimpan Di Dalam Treler

Oleh itu,  beberapa buah treler digunakan sebagai bilik mayat untuk menyimpan mayat mangsa Covid-19 pada tahun lalu.

Walaubagaimanapun, mayat mangsa yang diletakkan di dalam treler itu masih lagi disimpan rapi.

Menurut laporan daripada CNN, bilik mayat sementara di Terminal Laut Brooklyn Selatan itu menampung 750 mayat namun bukan semuanya mangsa Covid-19.

Bilik mayat sementara itu sekaligus menunjukkan kadar kematian yang tinggi akibat daripada Covid-19 di hospital, rumah mayat dan rumah pengebumian pada musim bunga lalu.

“Ruang simpanan jangka panjang diwujudkan ketika wabak memuncak untuk memastikan waris atau keluarga mempunyai tempat menyimpan insan yang mereka sayangi,” kata Mark Desire, jurucakap Pejabat Ketua Pemeriksa Perubatan.

Pada Mac tahun lalu treler itu juga berfungsi sebagai bilik mayat di luar hospital bandar ketika jumlah kematian meningkat.

Kali terakhir New York menggunakan langkah drastik seperti itu adalah selepas insiden serangan pengganas pada 11 September 2001.

Pada ketika itu, pejabat pemeriksa perubatan harus mengenal pasti puluhan ribu bahagian badan dari 2,753 individu yang terbunuh dalam runtuhan Pusat Dagangan Dunia (PWTC).

Desire memaklumkan pejabat pemeriksa perubatan membantu keluarga dalam mengatur ‘tempat rehat’ terakhir bagi si mati.

Katanya, atas dasar belas kasihan dan kepekaan, pihaknya akan terus berhubung dengan keluarga si mati berdasarkan setiap kes selama tempoh mereka berkabung.

Sumber: Metro

Share.

Leave A Reply