Ini Punca Bunyi Letupan Yg Menggemparkan Penduduk Sabah. | Semalam Penduduk sekitar Beaufort, Sipitang, Kuala Penyu dan Labuan digemparkan dengan bunyi letupan dan gegaran selama beberapa saat kira-kira jam 11 pagi pada Ahad.

Letupan di sabah

Difahamkan, bunyi letupan kuat seperti guruh dan gegaran itu dirasai selama kira-kira lima hingga enam saat.Ramai pengguna media sosial berkongsi peristiwa itu dan tertanya-tanya punca dan arah bunyi letupan berkenaan.Pihak berkuasa termasuk polis dan bomba setakat ini memaklumkan masih mencari punca bunyi letupan atau gegaran itu.

Hari ini,Persatuan Astronomi Negara Brunei Darussalam (PABD) telah mengesahkan dari mana datangnya bunyi berkenaan.

Bunyi letupan di langit yang didengar di beberapa kawasan di Sabah, Brunei dan utara Sarawak, semalam dipercayai berpunca daripada meteor (tahi bintang) .

Ia disahkan oleh Persatuan Astronomi Negara Brunei Darussalam (PABD), hari ini.

“Meteor dikesan memasuki ruang udara Brunei pada jam 11 pagi. Saksi mengatakan ia menghasilkan bunyi kuat dan asap,” katanya.

Menurut PADB, pihaknya sudah menerima maklumat dan foto dari saksi kejadian.

Semalam, media melaporkan penduduk di beberapa lokasi di Sabah termasuk Sipitang dan Beaufort, mendengar bunyi letupan berkenaan.

Selain itu, ia didengari di Labuan dan Brunei.

Sumber : Metro

Share.

Leave A Reply