Ini Rupanya Kisah Sebalik Misteri Ukiran Nama Pada 15 Ekar Padang Rumput | London: Gara-gara ingin membuat permohonan maaf kepada si isteri, seorang petani bertindak membuat ‘ukiran’ di padang rumput sehingga mencetuskan persoalan pengguna media sosial yang berusaha mengetahui mesej di sebaliknya.

Media sosial dibanjiri spekulasi selepas helikopter polis ternampak perkataan ‘SUE x’ terukir dalam huruf besar di padang rumput yang luas di Tetsworth.

Huruf ‘x’ sering digunakan untuk menggambarkan ciuman.

Perkhidmatan Udara Polis Kebangsaan kemudian menulis di akaun Twitternya meminta pengguna media sosial berkongsi ‘ukiran’ berkenaan bagi mencari siapa sebenarnya Sue yang dimaksudkan.

Tidak lama selepas itu pelbagai teori dibuat pengguna media sosial termasuk ada yang mengatakan ia kempen pengiklanan iPhone X.

Bagaimanapun, kisah sebenarnya lebih melucukan apabila petani, George Graham tampil mengakui dia mengukir mesej itu untuk membuat permohonan maaf kepada isterinya, Sue kerana suka merengus.

Dia menggunakan traktor yang dikendalikan oleh GPS untuk menyembur rumput di padang berkenaan bagi membentuk nama isteri.

Sementara itu, pensyarah geografi di Universiti Bournemouth, Andy Ford berkata, mesej yang diukir di atas kawasan seluas 15 ekar itu dapat dilihat dari angkasa bahkan pada imej satelit.

Menurut anak lelakinya, George, ibunya merajuk dengan bapanya kerana tidak membantu melakukan kerja rumah.

“Saya tidak pasti sama ada apa yang dilakukan bapa
itu cukup untuk memujuk ibu, tetapi ia sememangnya mencetuskan minat pengguna media sosial,” katanya. – Agensi

Sumber: Harian Metro

Share.

Leave A Reply