Isteri Di Atas Kertas | Assalamualaikum, thanks iiumc sebab siarkan my confession. Confession ni adalah berkenaan beberapa siri episode kecurangan yang saya hadap. Kebetulan pula sehari dua ni heboh tentang seorang selebriti dicop ‘home wrecker’. Saya tak mahu ulas pasal dia sebab dia sudahpun terima bahagian dia. Allah Maha Melihat guys.

Nama saya Lea. Berumur 27 tahun dan seorang eksekutif swasta di sebuah
syarikat pembinaan. Sudah berkahwin dengan seorang lelaki yang saya
kenali hampir 10 tahun.

Tapi, saya ditinggalkan selesai sahaja majlis akad. Katanya dia terpaksa
berkahwin dengan saya. Dengan kata lain, saya digantung tidak bertali.

Sehingga kini saya masih isterinya yang sah. Saya tidak menolak kejadian
ni juga ada sangkut paut dengan sihir pemisah. Tapi, wAllahualam. Allah
lebih mengetahui.

Waktu berkawan saya jarang berjumpa suami sebab dia di utara dan saya
diselatan. Kami banyak berhubung di telefon. Ada laa dalam 2, 3 kali
kami berjumpa selama 10 tahun berkawan, itu pun waktu kenduri di rumah
keluarga mertua.

Hubungan saya dengan keluarga mertua juga rapat. Pernah sebelum kawen
suami cakap, saya mungkin akan jadi menantu kesayangan ibu ayah dia
sebab sebelum kawen pun ibu ayah sangat ambil berat pasal saya.

Tapi, selama kami berkawan tu jangan cakap laaa berapa ramai girls yang
contact saya just untuk bagitau suami saya tu bf dia. Saya layankan je.
Tapi, 3 tahun lepas dia lamar saya untuk jadi isteri..

So, kami makin rapat. Tak kisah pun gosip2 pasal suami. Sebab? Saya
fikir kalau dia ajak saya kawen, maknanya dia serius dengan saya. Jadi
saya teruskan. Gosip2 liar saya abaikan.

Selama tempoh menunggu untuk jadi isteri ni hubungan kami normal. Tak
pernah bergaduh. Sebab saya jenis yang tak suka bergaduh. Kalau merajuk
pun seminit je bertahan.

Sampaikan, kakak-kakak ofis tegur. ‘Lea, akak tengok awak ni happy je.
Selalunya orang bercinta ni ada la masa2 masam muka. Yang awak ni tak
nampak pun muka stress ke apa’.

Malas sebenarnya nak bergaduh. Kita sakit hati. Jadi, saya cuba jadi
orang yang positif. Tak kisah pun tengok komen2 gedik beberapa orang
perempuan di fb suami. Tapi komen2 tu suami tak balas pun. Jadi saya tak
ambik port sangatlah.

Tipulah kalau kata saya tak merajuk.. tak cemburu.. ada juga.. tapi
malas dilayan. Suami pun jenis cool. Bukan jenis marah2. Tak cepat
melenting.

Pada saya, dia lelaki yang sangat baik. Hormat orang tua, soft spoken
dan semestinya kacak. Mungkin sebab tulaa ramai peminat.

Sampailah hari menikah.. saya ditinggalkan. Tanpa nafkah zahir batin.
Tanpa khabar berita. Mesej2 saya tak dibalas. Cuma hal2 penting sahaja.

Sedih memang sedih. Suami berubah 360 darjah. Sampaikan saya dah tak
kenal siapa dia. Kami dah macam orang asing. Dah bergelen air mata
habis. Tapi sekarang dah kurang sikit membazir air mata. Sebab hidup
perlu diteruskan.

Penat jugak menangis ni.. Mata hidung semua jd sembap. Hodoh je bila
bila tengok cermin. (Tapi saya cantik tau hahaha perasannya).

Maka bermulalah episod ujian dalam hidup saya. Tak lama lepas kawen, ada
seorang perempuan hantar pesanan di fb. Disoalnya siapa saya? Tak tahu
ke yang suami saya tu dah ada gf sebelum ni?

Saya masa tu ketar kepala lutut jugalah, hahaha. Tapi saya cuba wat lek
wat peace. Saya balas dengan cara paling berhemah.

Tak mahu jadi perempuan low class seperti dia. Saya just cakap, ye dia
suami saya. Kami dah berkawan lebih 10 tahun. Kisah2 cinta dia sebelum
kami menikah ni saya tak layan sebab sekarang dia suami saya yang sah.
(Biarpun saya ini hanyalah isteri diatas kertas shj).

Terus dia diam dan block saya di fb. Eh, dia pulak yang block kita.

Semua benda2 diatas tu saya tak sorok pada keluarga mertua. Pendek kata
Allah dah anugerahkan saya keluarga kandung dan keluarga mertua yang
terbaik. Tapi mungkin ini permainan Dasim. Benci melihat hubungan halal
anak adam.

Selepas dari episod perempuan tu, muncul pulak episod gf yang lain pula.
Tapi yang ini special sikit sebab sampai ke hari ni memang suami saya
berhubungan dengan dia.

Dah banyak mata yang melihat mereka keluar berdua. Pernah juga terkantoi
chat suami dengan perempuan itu. Saya cuba berseloroh, supaya dia
berterus terang kalau dia ada gf lain.

Memang takklaaa dia nak mengaku. Kenapa nak takut? Kenapa tak nak
mengaku? Saya fikir, mungkin dia tak nak perempuan itu dipersalahkan.

Pernah dia marah pada saya, sebab saya cuba mesej perempuan tu. Saya
cuma nak berkenalan dengan gf suami. Tapi berapi saya dimarahi suami.
Perempuan tu mengadu saya mesej dia. Eh, penakut rupanya dia.

Jadi saya hanya berdiam diri. Dah orang tak suka kita. Walau saya punya
hak sebab saya isteri. Tapi hak saya dinafikan suami. Saya fikir, nak je
saya saman perempuan ketiga ni. Tapi malas pulak, sebab suami sendiri
yang melayan. Dan saya pula dah lama dibuang.

Ada yang suggest supaya saya minta fasakh. Tapi pada saya itu jalan
terakhir saya akan ambil sekiranya semua usaha saya dan keluarga menemui
jalan buntu.

Lagipun, siapa tak sayang suami. Dan saya sayang perkahwinan ni. Kalau
boleh saya akan usaha selamatkan sehabis daya. Tapi andai kata, usaha
saya tak berbalas.. maka saya redha.

Pasal sihir pemisah yang saya cakap tadi, saya ada dibawa berjumpa
dengan ustaz darul syifa. Rata-ratanya mengatakan suami terkena
guna-guna. Siapa pelakunya? Saya pun tak tahu. Allah jualah yang Maha
Mengetahui.

Sehingga ke harini, saya masih lagi berikhtiar. Cuba untuk mengembalikan
semula suami ke pangkuan keluarga. Tapi takdir Allah tak siapa yang
tahu. Saya hanya mampu berserah.

Suamiku, saya ampunkan segala salah dan silap awak. Buat teman wanita
suami, selamat berbahagia diatas kesedihan orang lain.

Buat penyihir yang hanya Allah sahaja yang tahu, semoga Allah
mengampunkan dosa kamu. Dosa kamu pada saya mungkin boleh saya maafkan
tapi saya perlukan masa.

Buat keluarga tersayang, maafkan Lea. Lea hanya memberi duka buat ibu
ayah. Doa Lea semoga Allah segera memghapuskan luka-luka di hati ibu,
ayah, umi dan walid. Dan semoga Allah memberikan kita semua jalan yang
terbaik.

Tak ada siapa yang betul dan tak ada siapa yang salah. Saya tak menuding
jari pada sesiapa. Semuanya aturan Allah. Tak kan terjadi sesuatu tanpa
izin Allah.

Akhir kalam, setia is not depends on gender. Boys or girls kalau nak
curang tu.. curang jugak. Kalau salah seorang tak melayan, tak kan jadi
kes curang mencurang ni.

Satu lagi guys, dunia harini mungkin makin moden, kereta terbang sembang
kencang tapi jangan terkejut kalau orang yang percaya pada sihir ini
masih wujud.

Mungkin kisah saya hanya ada 1 dalam 100 orang. Tapi percayalah ujian
Allah banyak menyedarkan kita.

Ujian setiap orang berbeza. Allah pasti akan uji setiap hambanya yang
beriman. Ujian saya begini, ujian kamu pula begitu. Allah menguji sesuai
dengan kemampuan kita.

Semoga saya dan yang senasib dengan saya akan menemukan titik redha yang
sebetulnya. Mungkin waktu itu barulah Allah mengabulkan setiap doa kita.

Teruskan berdoa dan meminta tanpa putus. Allah tidak zalim. Sampai
waktunya, kita pasti temui bahagia samada di dunia atau di akhirat

Kisah saya ini masih belum menemui penamat. Tapi, saya sudah bersiap
sedia untuk menerima sebarang kemungkinan. Baik atau buruk pun ia
terpaksa saya terima.

Mohon doa kalian semua semoga Allah memberikan jalan keluar yang terbaik
untuk kami.

Semoga ketemu lagi. Assalamualaikum.

– Lea (Bukan nama sebenar)

 

Kredit: IIUM Confessions

 

Share.

Leave A Reply