Dalam kejadian baru-baru ini, seorang lelaki bertindak di luar kebiasaan apabila membawa ular yang menggigit isterinya ke hospital bersama-sama mereka, lapor laman Gulf News.
Kejadian berlaku di Afzal Nagar, negeri Telangana, India apabila seekor ular menggigit kaki isteri seorang penduduk kampung bernama Ramendra Yadav.
Kebiasaannya, ular akan dipukul sehingga mati atau dihalau keluar.
Namun, Ramendra bertindak menangkap ular tersebut dan memasukkannya ke dalam botol.
Kemudian, membawa isterinya dan ular itu ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan.
Doktor bertanya tujuan Ramendra membawa ular tersebut bersamanya ke hospital.
Katanya, itu sebagai persediaan sekiranya doktor bertanya ular jenis apa yang menggigit isterinya serta dapat terus menunjukkan ular itu kepada mereka.
Tambahnya lagi, dia akan melepaskan ular itu kembali ke hutan selepas isterinya dibenarkan keluar hospital.
Sumber: Kosmo