Kerajaan Negeri Perak menyarankan supaya rakyatnya menanam sendiri sayur-sayuran serta memelihara haiwan ternakan untuk kegunaan sendiri.
Saranan ini dibuat susulan isu kekurangan bekalan makanan yang dihadapi ketika ini.
Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad, berkata langkah itu merupakan antara inisiatif bagi mengurangkan bebanan kos sara hidup rakyat.
Tambahan, rakyat yang terkesan dengan kenaikan harga beberapa produk pertanian serta penternakan ketika ini.
Sayur-sayuran boleh ditanam, manakala kambing, lembu, kerbau dan ayam boleh diternak sendiri.
Sekiranya bekalan itu berlebihan, rakyat juga boleh menjual sendiri.
“Sebab itu saya kempen di merata tempat supaya apa yang kita hendak makan, kita tanam dan ternak sendiri supaya kita tidak terlalu bergantung kepada bekalan dari luar,” katanya kepada pemberita.
Beliau ditemui pada Program Agrofest Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (SADC) di The Treasure Taman Herba Gopeng kelmarin.
Program turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif SADC Yahanis Yahya.
Katanya, SADC dengan kerjasama Jabatan Pertanian Negeri Perak akan membangunkan Projek Taman Agroteknologi Manong di Kuala Kangsar.
Projek ini dibangunkan bagi memperkasakan bidang sekuriti makanan.
Kawasan seluas 40 hektar telah diluluskan pada Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah perbadanan itu pada April lepas.
SADC juga telah memulakan projek Hab Halal Perak bagi mengukuhkan lagi bidang sekuriti makanan.
Malah, ia dilihat mampu menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat.
Sekali gus, membantu kerajaan negeri dalam meningkatkan penjanaan ekonomi rakyat,
Sumber: Astro Awani