(Video) Dakwa Perempuan Tidak Layak Jadi Pemimpin. Ini RESPON Warganet Terhadap Kenyataan Tersebut. Menerusi video dikongsi SinarDailyMy di platfom TikTok, Nurul menjelaskan wanita tidak dilahirkan untuk menjadi pemimpin dan itu merupakan tugas hakiki seorang lelaki. Ramai warganet mengecam kenyataan tersebut. Baca seterusnya.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh anak Presiden UMNO, Nurul Hidayah Ahmad Zahid menerusi sebuah video terbitan akhbar tempatan nampaknya kurang disenangi warganet.

@sinardailymy #politicallyfrank #nurulzahid #fyp #foryourpage #sinardailymy ♬ original sound – Sinar Daily

Kenyataan kurang disetujui ramai

Menerusi video dikongsi SinarDailyMy di platfom TikTok, Nurul menjelaskan wanita tidak dilahirkan untuk menjadi pemimpin dan itu merupakan tugas hakiki seorang lelaki.

Saya rasa perempuan tidak dilahirkan untuk menjadi pemimpin tau. So yaa, perempuan tidak dilahirkan untuk menjadi pemimpin.

Lelaki dilahirkan untuk menjadi pemimpin. Jadi saya rasa untuk hak kemanusiaan untuk hak wanita semua patut ada hak. Sebab kita semua manusia.

Video tersebut bagaimanapun telah dimuat semula di laman Twitter dan ketika artikel ini ditulis video berkenaan telah meraih hampir 300k tontonan dan pelbagai respon daripada netizen.

Rata-rata netizen dilihat kurang bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Nurul dan menganggap ia merupakan satu jenaka yang dilakukan olehnya.

Sebagai rekod, Wan Azizah Wan Ismail sebelum ini pernah memegang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri pada tahun 2018 sehingga 2020.

Sumber: OB

Share.

Leave A Reply