Isu Hina Nabi SAW. Ini Tindakan Drastik Menteri Agama Malaysia | Susulan tindakan Charlie Hebdo  yang mahu menerbitkan semula karikatur Nabi Muhammad SAW.

Berikutan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri mewakili kerajaan Malaysia dan umat Islam di negara ini menulis surat kepada Kedutaan Perancis berhubung hal berkenaan.

“Saya telah menulis surat khusus berhubung peristiwa terkait karikatur Nabi Muhammad ﷺ oleh Charlie Hebdo, kepada Tuan Yang Terutama Duta Perancis di Malaysia.

“Surat ini akan dihantar hari ini kepada Kedutaan Perancis.”

“Bersempena dengan bulan Rabi’ul Awwal yang juga bulan kelahiran Rasulullah SAW. Saya hadiahkan beliau sebuah buku bertajuk al-Shama’il al-Muhammadiyyah (The Sublime Qualities of the Prophet Muhammad ﷺ) terjemahan Bahasa Inggeris.”

“Perancis adalah antara negara Eropah pertama mengadakan hubungan diplomatik dengan Malaysia selepas negara ini mencapai kemerdekaannya pada 1957.”

“Semoga peristiwa ini memberi pengertian yang besar dalam memaknakan lagi hubungan erat antara Malaysia dan Perancis.”

Sebelum ini, media antarbangsa melaporkan Charlie Hebdo mahu menerbitkan semula kartun kontroversi menghina Nabi Muhammad SAW. Yang menjadi punca serangan daripada penembak beragama Islam terhadap akhbar berkenaan pada 2015.

Difahamkan, tindakan itu adalah bagi menandakan bermulanya perbicaraan adik beradik, Said dan Cherif Kouachi melakukan serangan bersenjata di pejabat akhbar itu di Paris.

Seramai 12 orang termasuk beberapa kartunis terkemuka Perancis, maut dalam tragedi 7 Januari 2015 itu.

Selain dua beradik terbabit, 14 individu lain didakwa bersekongkol dalam serangan sama, yang turut menyasarkan pasar raya Yahudi.

Semalam, Presiden Turki, Recep Tayyip Erdoğan ketika berucap dalam Program Pembukaan Minggu Maulid Nabi di Pusat Kongres dan Kebudayaan Nasional Beştepe di Ankara, dilaporkan menggesa memboikot membeli barangan Perancis susulan serangan dan kenyataan Islamophobia oleh Presiden Perancis, Emmanuel Macron.

Sumber : HMetro Via FB Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

Share.

Leave A Reply