Customize Consent Preferences

We use cookies to help you navigate efficiently and perform certain functions. You will find detailed information about all cookies under each consent category below.

The cookies that are categorized as "Necessary" are stored on your browser as they are essential for enabling the basic functionalities of the site. ... 

Always Active

Necessary cookies are required to enable the basic features of this site, such as providing secure log-in or adjusting your consent preferences. These cookies do not store any personally identifiable data.

No cookies to display.

Functional cookies help perform certain functionalities like sharing the content of the website on social media platforms, collecting feedback, and other third-party features.

No cookies to display.

Analytical cookies are used to understand how visitors interact with the website. These cookies help provide information on metrics such as the number of visitors, bounce rate, traffic source, etc.

No cookies to display.

Performance cookies are used to understand and analyze the key performance indexes of the website which helps in delivering a better user experience for the visitors.

No cookies to display.

Advertisement cookies are used to provide visitors with customized advertisements based on the pages you visited previously and to analyze the effectiveness of the ad campaigns.

No cookies to display.

Isu Kerajaan Pintu Belakang. Ini Komen Balas Timbalan MB Kelantan Buat Ramai Terdiam | Kalau Pakatan Nasional berjaya, ramai anggap ni sebagai kerajaan pintu belakang dan tidak hormat pilihan rakyat, namun Timbalan MB Kelantan beri komen balas buat ramai terdiam. Baca selanjutnya.

Bukan Pintu Belakang Tapi Pintu Baru

Pas menjelaskan tidak timbul isu penubuhan kerajaan pintu belakang yang dipanggil Pakatan Nasional dan pengkhianatan terhadap mandat rakyat susulan situasi politik yang berlaku hari ini.

Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, Pakatan Harapan (PH) itu sendiri yang mengkhianati kepercayaan rakyat kerana gagal menunaikan janji mereka menerusi manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.

“Ini bukan soal pintu belakang, kalau rumah ia ada pintu depan dan belakang. Kita ni buat pintu baru. Tidak bangkit soal pintu belakang. Kita buat pintu baru. Tidak timbul soal pengkhianatan.

“Apa maksud mandat rakyat. Kami pun ada mandat, kita ada pengundi, UMNO pun ada pengundi. GPS pun ada pengundi, Warisan ada pengundi. Semua orang ada pengundi dan kita membawa mandat pengundi masing-masing,” katanya hari ini.

Mohd Amar berkata, PH yang ditubuhkan selama ini sudah runtuh kerana gabungannya sudah berpecah.

“Jadi di mana mandat itu? Itu isunya. Sebagai contoh kalau semua mengundi PKR atas lambangnya, dan PKR boleh menjadi kerajaan dengan bersendirian, itu baru boleh dikatakan kita mengkhianati mandat rakyat.

“Tetapi PKR tidak boleh berdiri sendiri dan DAP pun sama. Semuanya kena dapat sokongan orang lain. jadi semua orang ada mandat masing-masing. Jadi semua ini membawa mandat dan itu isu yang kita kena faham. Jadi tidak boleh kata mengkhianati mandat rakyat,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Amar berkata, satu-satunya kejayaan PH yang terlakar ialah berjaya menjatuhkan Barisan Nasional.

“Rakyat undi dia kerana manifesto tetapi cuba sebut pada saya mana manifesto yang betul-betul dilaksanakan PH?

“Tidak ada satu pun yang dia buat, minyak pun naik harga, PTPTN kena bayar, tol pun kena bayar. Apa yang dia bagi pada rakyat,” katanya.

Bagaimanapun, Mohd Amar berharap apa yang berlaku beberapa ketika ini dapat diselesaikan dengan baik oleh Perdana Menteri Interim Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Saya pun jangka, kalau tidak hari ini ia akan selesai esok,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

Share.

Leave A Reply