Isu LTTE. Ini Kenyataan Rasmi Menteri KDN Yang Ditunggu Ramai | Selepas beberapa tokoh terkenal tanahair menyatakan bantahan terhadap LTTE, akhirnya ini kenyataan rasmi Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap isu viral ni. Baca selanjutnya.

Peguam Negara Tidak Punya Kuasa Apa-Apa Hentikan Prosiding LTTE

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Dato Haji Muhyiddin Mohd Yassin sebentar tadi mengeluarkan kenyataan mengenai keputusan peguam negara yang menghentikan prosiding terhadap individu-individu yang menyokong kumpulan Liberation Tigers Of Tamil Eelam (LTTE).

Menurutnya, peguam negara tidak mempunyai apa-apa kuasa untuk mencampuri urusan yang berada di bawah undang-undang bagi mencampuri urusan dan bidang kuasa Menteri Dalam Negeri.

“Menteri Dalam Negeri berkuasa untuk menyenaraikan individu atau kumpulan yang terlibat dalam kegiatan keganasan sebagai entiti yang ditentukan (specified entity). Penyenaraian entiti berkenaan adalah berdasarkan maklumat perisikan dan keselamatan terkini yang diterima daripada pihak berkuasa seperti PDRM dan lain-lain agensi kawal selia atau pengawasan yang berkaitan.

“Kerajaan Malaysia telah menyenaraikan LTTE sebagai kumpulan pengganas sejak 12 November 2014. Berdasarkan maklumat terkini yang diterima daripada pihak berkuasa, saya selaku Menteri Dalam Negeri mempunyai asas yang kukuh untuk mengekalkan penyenaraian LTTE sebagai kumpulan pengganas.

“Saya ingin menegaskan bahawa penyenaraian LTTE sebagai kumpulan pengganas adalah tertakluk kepada kuasa Menteri Dalam Negeri yang diperuntukkan oleh undang-undang. Peguam negara tidak mempunyai apa-apa kuasa di bawah undang-undang untuk mencampuri urusan yang berada di bawah bidang kuasa Menteri Dalam Negeri.

“Untuk rekod, selain Malaysia, beberapa buah negara lain turut mengisytiharkan dan mengekalkan LTTE sebagai kumpulan pengganas dalam senarai negara masing-masing. Antaranya ialah India, Kanada, Amerika Syarikat dan United Kingdom,” katanya.

BACA : Isu LTTE. Ini Komen Berani Bekas Menteri Pendidikan Buat Ramai Setuju (LINK)

BACA : Isu LTTE. Ini Komen Bekas Ketua Polis Negara Yang Ditunggu Ramai (LINK)

BACA : Isu LTTE. Ini Kenyataan Berani Dr Maza Yang Ramai Sokong (LINK)


Sumber: FB Muhyiddin Yassin via Siakapkeli

Share.

Leave A Reply