Isu LTTE. Ini Komen Berani Bekas Menteri Pendidikan Buat Ramai Setuju

| February 22, 2020 | 1 Comment

Isu LTTE. Ini Komen Berani Bekas Menteri Pendidikan Buat Ramai Setuju | Terkini bekas Menteri Pendidikan Malaysia, Dr Maszlee Malik memberi komen jujur yang buat ramai setuju tentang isu LTTE. Baca selanjutnya.

Peguam Negara Kena Patuh Dengan Dasar Kerajaan

Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik meminta Tan Sri Tommy Thomas untuk kembali mematuhi dasar kerajaan dan mengutamakan keselamatan negara atau melepaskan terus jawatan sebagai Peguam Negara.

Jelas beliau, kegagalan Tommy mengambil kira dasar kerajaan sebelum membuat keputusan bukan sahaja salah tetapi bertentangan dengan peranan beliau selaku penasihat undang-undang utama kerajaan Persekutuan.

“Saya mengambil maklum terdapat peranan yang berbeza apabila Tommy menjalankan tugas sebagai pendakwa raya dan apabila beliau berperanan sebagai Peguam Negara iaitu penasihat undang-undang.

“Namun dalam menjalankan tugas sebagai pendakwa raya, Tommy tidak boleh sama sekali membelakangi dasar kerajaan,” katanya menerusi satu kenyataan di sini.

Sementara itu, Maszlee yang merupakan Ahli Majlis Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkata, semasa kuasa untuk menyenaraikan sesuatu kumpulan sebagai kumpulan pengganas atau sebaliknya adalah di bawah kuasa Menteri Dalam Negeri.

“Selagi mana ia tidak diubah oleh Menteri Dalam Negeri, maka ia kekal sebagai keputusan kerajaan yang bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan negara melalui agensi serta badan kerajaan seperti Polis Diraja Malaysia.

“Keputusan Peguam Negara untuk menarik balik pertuduhan ke atas 12 individu yang telah dituduh di mahkamah adalah disandarkan kepada keputusan kerajaan Australia dan Sri Lanka.

“Bagaimanapun, keselamatan negara adalah tanggungjawab Kerajaan melalui KDN,” ujar beliau.

Kenyataan Penuh Dr Maszlee Malik

PEGUAM NEGARA DIGESA UTAMAKAN KESELAMATAN NEGARA ATAU LETAK JAWATAN

Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera.

Saya telah membaca kenyataan media YBhg Tan Sri Tommy Thomas dan YB Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kuasa untuk menyenaraikan sesuatu kumpulan sebagai kumpulan pengganas atau sebaliknya adalah di bawah kuasa Menteri Dalam Negeri.

Selagi mana ia tidak diubah oleh Menteri Dalam Negeri, maka ia kekal sebagai keputusan kerajaan yang bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan negara melalui agensi serta badan kerajaan seperti PDRM.

Keputusan Peguam Negara untuk menarik balik pertuduhan ke atas 12 individu yang telah dituduh di mahkamah adalah disandarkan kepada keputusan kerajaan Australia dan Sri Lanka.

Walau bagaimanapun, keselamatan negara adalah tanggungjawab Kerajaan melalui Kementerian Dalam Negeri.

Kegagalan Peguam Negara mengambil kira dasar Kerajaan sebelum membuat keputusan bukan sahaja salah, tetapi bertentangan dengan peranan Peguam Negara selaku Penasihat Undang-Undang utama Kerajaan Persekutuan.

Saya mengambil maklum terdapat peranan yang berbeza apabila YBhg Tan Sri Tommy Thomas menjalankan tugas sebagai Pendakwa Raya dan apabila beliau berperanan sebagai Peguam Negara iaitu Penasihat Undang-Undang.

Namun dalam menjalankan tugas sebagai Pendakwa Raya, YBhg Tan Sri Tommy Thomas tidak boleh sama sekali membelakangi Dasar Kerajaan.

Kita boleh lihat sebagai contoh cabaran terhadap keabsahan Seksyen 13 SOSMA di mahkamah yang mana Timbalan Pendakwa Raya diarahkan untuk tidak membantah (concede) dengan hujahan peguambela tidak mempunyai analisis yang mendalam.

Bagaimanapun saya bersyukur, terdapat dua orang Hakim Mahkamah Tinggi yang telah menolak cabaran tersebut.

Saya meminta YBhg Tan Sri Tommy Thomas untuk kembali mematuhi dasar Kerajaan dan mengutamakan keselamatan negara atau melepaskan terus jawatan sebagai Peguam Negara.

YB Dr Maszlee Malik
Ahli Parlimen Simpang Renggam
Ahli MPT Bersatu
22 Februari 2020

Sumber: FB Dr Maszlee Malik via Sinar Harian

Tags: , , , , , , ,

Category: SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *