Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Waktu Imsak Negeri Johor Tahun 2021 | Khalifah Media Networks –  Kehadiran Bulan Ramadhan amatlah dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam di dunia khususnya di Malaysia kerana keistimewaan bulan ini iaitu terletak padanya kebaikan yang bernilai serta amalan berlipat ganda yang tidak boleh diperoleh pada bulan-bulan selainnya.

Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Waktu Imsak Negeri Johor Tahun 2021

Puasa adalah ibadat yang memupuk kesuburan rohani dan jasmani, juga sebagai latihan bagi diri dan jiwa untuk melentur nafsu agar tidak melampui batas. Ramadhan adalah bulan anugerah Ilahi bagi orang yang ingin mendapatkan anugerah ini. Rugilah bagi mereka yang tidak menyanjung kesempatan untuk mendapatkan kurniaan ini.

Berikut merupakan lampiran Takwim Berbuka Puasa serta jadual Imsak di Bulan Ramadhan bagi tahun 2021 (Masihi) iaitu bersamaan 1442 (Hijrah) bagi seluruh kawasan di negeri Johor. Diharapkan agar perkongsian Takwim atau Jadual Berbuka Puasa bagi tahun 2021 ini dapat memberikan kemudahan buat warga di sekitarnya untuk membuat semakan waktu bagi sahur serta berbuka dengan lebih tepat, Insya-Allah.

Sebagai makluman kepada orang ramai, lampiran Takwim Waktu Berbuka serta Imsak bagi tahun 2021 (Masihi) bersamaan 1442 (Hijrah) ini adalah rasmi terbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), kerjasama Jabatan Mufti Negeri Johor.

Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Ramadhan 2021 Zon 1: Pulau Aur Dan Pulau Pemanggil

Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Waktu Imsak Negeri Johor Tahun 2021

Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Ramadhan 2021 Zon 2: Daerah Johor Bahru, Kulai, Kota Tinggi, Mersing dan pulau-pulau yang berdekatan

Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Waktu Imsak Negeri Johor Tahun 2021

Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Ramadhan 2021 Zon 3: Daerah Pontian dan Kluang

Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Waktu Imsak Negeri Johor Tahun 2021

Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Ramadhan 2021 Zon 4: Batu Pahat, Muar, Segamat, Tangkak, Gemas Johor

Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Waktu Imsak Negeri Johor Tahun 2021

Bulan Ramadhan secara kasar dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu 10 malam pertama yang dipenuhi rahmat, 10 malam beriikutnya diisi dengan pengampunan (maghfirah), manakala 10 malam terakhir adalah pembebasan dari azab api neraka. Keberkatan yang diberikan Allah SWT ini akan dicapai sekiranya kita menggunakan waktu yang terhad untuk tujuan mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Diharapkan perkongsian ini mampu memberi manfaat kepada seluruh rakyat di negeri Johor yang beragama Islam dalam membuat semakan terhadap masa yang ideal untuk bersahur iaitu sebelum tibanya waktu Subuh serta berbuka puasa yang tepat pada waktunya.

Share.

Leave A Reply