Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Waktu Imsak Seluruh Negeri Sembilan Tahun 2021 | Khalifah Media Networks –  Pada bulan Ramadan juga, umat Islam digalakkan supaya memperbanyakkan amalan bersedekah. Ini termasuklah menjamu orang berbuka puasa terutama kepada orang miskin, anak yatim dan golongan yang ditimpa musibah.

Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Waktu Imsak Seluruh Negeri Sembilan Tahun 2021

Menjamu orang berbuka puasa dijanjikan Allah SWT dengan ganjaran pahala yang begitu besar. Semakin ramai orang yang dapat menikmati makanan itu, maka semakin tinggi ganjaran pahala yang diterima.

Nabi SAW bersabda bermaksud: “Sesiapa yang menjamu makanan untuk berbuka bagi orang yang berpuasa, pahalanya sama seperti pahala orang yang berpuasa iaitu pahala orang yang berpuasa itu tidak dikurangkan walau sedikit pun.” (Riwayat Tirmizi)

Berikut merupakan lampiran Takwim atau Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak Ramadan pada tahun 2021 (Masihi). Bersamaan 1442 (Hijrah) bagi seluruh kawasan di Negeri Sembilan. Semoga lampiran jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa bulan Ramadan tahun 1442H / 2021M yang disertakan dapat memudahkan umat Islam di Negeri Sembilan. Membuat semakan masa yang ideal untuk bersahur sebelum memasuki waktu Subuh selain dapat berbuka Puasa pada waktu yang tepat.

Lampiran jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Ramadan tahun 1442H / 2021M yang disertakan ini adalah rasmi terbitan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), kerjasama Jabatan Mufti Negeri Sembilan.

Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Zon 1 Tampin Dan Jempol

Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Waktu Imsak Seluruh Negeri Sembilan Tahun 2021

Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Zon 2 Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau Dan Jelebu

Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Waktu Imsak Seluruh Negeri Sembilan Tahun 2021

Sekiranya kita mempunyai rezeki yang lebih, digalakkan untuk berkongsi rezeki yang ada dengan oramg lain. Sekiranya bersedekah di bulan ramadan, nescaya rezeki yang kita terima akan lebih banyak nak dibandingkan dengan apa yang kita berikan. Maka banyakkanlah bersedekah terutamanya kepada golongan yang memerlukan.

Semoga lampiran jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa bulan Ramadhan tahun 1441H / 2020M. Yang disertakan dapat memudahkan umat Islam di Negeri Sembilan membuat semakan. Masa yang ideal untuk bersahur sebelum memasuki waktu Subuh selain dapat berbuka Puasa pada waktu yang tepat.

Sumber: Berita Harian

Share.

Leave A Reply